awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuaca panas: Murid sekolah agama Johor dibenar pakai baju sukan

Bernama
Bernama
11/05/2023
10:30 MYT
Cuaca panas: Murid sekolah agama Johor dibenar pakai baju sukan
Johor membenarkan murid sekolah agama di negeri ini untuk memakai pakaian sukan atau pakaian bersesuaian ekoran keadaan cuaca panas pada masa ini. - Gambar fail/BERNAMA
JOHOR BAHRU: Johor membenarkan murid sekolah agama di negeri ini untuk memakai pakaian sukan atau pakaian bersesuaian ekoran keadaan cuaca panas pada masa ini.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata pemakluman itu telah dikeluarkan menerusi satu pekeliling, baru-baru ini.
"Kita menggunakan kaedah seperti yang dilaksana Kementerian Pendidikan (KPM). Murid juga boleh memakai pakaian sukan sekolah kebangsaan, kerana kita faham sekolah agama tidak banyak pilihan pakaian sukan.
"Pakaian kemeja-T berwarna putih dengan seluar sukan juga dibenarkan, yang penting kemas dan menutup aurat," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Majlis Bandaraya Johor Bahru, di sini hari ini.
Beliau berkata kerajaan negeri juga telah meminta semua aktiviti luar bilik darjah dihentikan buat sementara waktu termasuk mengadakan perhimpunan susulan cuaca panas tersebut.
Menerusi pekeliling bertarikh 3 Mei 2023, KPM telah memaklumkan mengenai kebenaran pemakaian baju sukan di semua sekolah seluruh negara ekoran cuaca panas yang mencecah sehingga 35 darjah Celsius ketika ini.
Sementara itu, berhubung dakwaan ibu kepada seorang murid di sebuah sekolah agama di Pasir Gudang yang mengatakan anaknya didenda di tengah panas disebabkan lambat hadir ke sekolah, beliau berkata hasil siasatan awal menunjukkan berlaku kelemahan komunikasi antara pihak sekolah dan ibu bapa.
Beliau berkata siasatan sedang diteruskan dan laporan penuh dijangka dikemukakan kepadanya serta dibentangkan awal minggu hadapan.
"Mungkin berlaku kelemahan komunikasi, kita akan pastikan ia tidak berulang. Saya dapat maklumat awal kejadian itu bukan denda atau hukuman sebaliknya sekolah sedang mengatur murid-murid untuk masuk kelas, susulan ada kelas yang tiada bekalan elektrik.
"Pihak sekolah sedang ambil kedatangan di kawasan luar terlebih dahulu sebelum masuk kelas, (jadi) tiada sebarang unsur penderaan atau hukuman," katanya.
Menurut Mohd Fared pihaknya memaklumi kerisauan ibu bapa dan akan memastikan kesejahteraan serta keselamatan anak-anak mereka terjaga khususnya di kawasan sekolah.
Sebelum ini tular satu hantaran di TikTok dipercayai daripada seorang wanita yang mendakwa anaknya dihukum di tengah cuaca panas di sebuah sekolah agama di sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cuaca panas
#sekolah agama Johor
#baju sukan
#Mohd Fared Mohd Khalid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan