MALAYSIA
  
            Cuaca panas Tahap 1 di tiga kawasan - MetMalaysia
Tiga kawasan yang terlibat ialah Kemaman, Terengganu; Maran, Pahang dan Limbang, Sarawak. - Gambar hiasan
            
      KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca panas Tahap 1 (berjaga-jaga) bagi tiga kawasan di tiga negeri.
Dalam satu kenyataan, MetMalaysia memaklumkan tiga kawasan itu ialah Kemaman, Terengganu; Maran, Pahang dan Limbang, Sarawak.
Tahap 1 bermakna suhu maksimum harian boleh mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celsius di lokasi berkenaan selama tiga hari berturut-turut.
Justeru, penduduk di kawasan terbabit dinasihatkan supaya berwaspada serta mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak MetMalaysia.
Dapatkan tip menghadapi cuaca panas dan info empangan di sini