Skip to main content

Malaysia

Cuaca panas: Taska tidak digalakkan jalankan aktiviti luar - Nancy

KUCHING, 5 April -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof (kanan) membelah buluh lemang sebagai simbolik merasmikan majlis Riang Ria Syawal anjuran Bank Rakyat, hari ini.  -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Nancy (kiri) hadir pada majlis Riang Ria Syawal anjuran Bank Rakyat, di Kuching hari ini. Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof (kanan). - Foto Bernama

KUCHING: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri menasihatkan para pengusaha taska untuk tidak menjalankan aktiviti luar ketika musim cuaca panas bagi menjaga keselamatan kanak-kanak, khususnya yang berusia di bawah tiga tahun.

Beliau berkata kanak-kanak di taska, sebaiknya kekal berada dalam kawasan terlindung dan tidak terdedah kepada suhu tinggi yang boleh menjejaskan kesihatan mereka.

Advertisement

“Ingatkan pengusaha supaya mereka berada dalam kawasan berlindung. Maka itu, kanak-kanak tidak digalakkan untuk dibawa bermain keluar ketika cuaca panas,” katanya ditemui pada Majlis Riang Ria Syawal Bank Rakyat di sini, hari yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Sementara itu, Nancy turut menekankan peranan ibu bapa untuk memastikan anak-anak sentiasa berada dalam keadaan selamat dan tidak terlalu terdedah kepada persekitaran panas.

Beliau berkata kanak-kanak juga perlu diberi penerangan tentang risiko cuaca panas supaya lebih berhati-hati.

Nancy berkata kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia telah turut mengambil langkah membenarkan pelajar memakai pakaian sukan ke sekolah serta membawa bekalan air bagi menghadapi cuaca panas.

Selain itu, beliau berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut berada dalam keadaan siap siaga dengan menggerakkan lebih 4,785 kakitangan di seluruh negara dan 150 kaunselor dan pegawai psikologi bagi membantu masyarakat jika ada yang terkesan akibat cuaca panas ini.

-- BERNAMA

Must Watch Video