ALOR SETAR: Cuaca di beberapa kawasan yang dilanda banjir di negeri ini dilaporkan semakin baik sekali gus membolehkan air surut, seterusnya mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) pulang ke rumah.
Sehingga petang tadi, tiga PPS di Sik dan Kubang Pasu ditutup sepenuhnya, sekali gus menjadikan jumlah mangsa banjir di negeri ini menurun kepada 797 orang, berbanding 840 orang pagi tadi.
Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusof berkata PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sik dan PPS SK Chepir di Sik ditutup pada 3.30 petang dan 12 tengah hari tadi manakala PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Hitam di Kubang Pasu turut ditutup pada 12 tengah hari.
Beliau berkata cuaca panas pada tengah hari tadi membolehkan kesemua mangsa banjir di PPS tersebut pulang ke rumah masing-masing selepas paras air surut.
"Enam PPS di Kota Setar iaitu SK Langgar, SK Suka Menanti, SK Darul Hikmah, SK Convent, SMK Convent dan SMK Simpang Kuala pula masih menempatkan 512 orang daripada 137 keluarga.
"Sementara itu, 281 orang daripada 74 keluarga ditempatkan di Dewan Rakan Sukan Tanah Merah dan Dewan Cenderawasih di Pendang manakala di Pokok Sena seramai empat orang daripada satu keluarga ditempatkan di SK Tualang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Nov 07 2021

Sehingga petang tadi, tiga PPS di Sik dan Kubang Pasu ditutup sepenuhnya, sekali gus menjadikan jumlah mangsa banjir di Kedah menurun kepada 797 orang, berbanding 840 orang pagi tadi. - Gambar fail

Inflasi: Pastikan pengeluaran barangan tempatan mampu penuhi permintaan
Kerajaan disaran memastikan pengeluaran barangan tempatan mampu memenuhi permintaan pengguna dalam negara.

Vaksin COVID-19 | FDA lulus dos penggalak untuk 5-11 tahun
Pentadbiran makanan dan ubat-ubatan (FDA) meluluskan penggunaan suntikan penggalak vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun. Ini menjadikan semua individu di amerika syarikat berumur lebih lima tahun layak untuk mendapatkan dos ketiga.

Sukan SEA | Kok Leong menang emas perseorangan 6-red snuker
Pemain snuker negara Lim Kok Leong memastikan pingat emas sukan sea acara perseorangan 6-red snuker lelaki kekal dalam genggaman malaysia, dengan memenangi pingat itu di Ha Dong Gymnasium, malam Selasa. Pemain berusia 27 tahun itu mengalahkan Jefrey Roda dari Filipina 5-3 pada perlawanan akhir bagi memenangi pingat emas individu pertamanya di Sukan SEA, selepas acara itu dipertandingkan semula, selepas sembilan tahun.

Indonesia gugur syarat pakai pelitup muka di luar rumah
Perkembangan menyusul ketika mana angka jangkitan COVID-19 di negara itu semakin menunjukkan trend penurunan.

Pilihan raya Lubnan: Guterres gesa penubuhan kerajaan inklusif
Beliau mengharapkan pembentukan pantas kerajaan yang inklusif bagi memuktamadkan perjanjian dengan Tabung Kewangan Antarabangsa.

Pemain industri kreatif perlu berani, keluar dari kebiasaan untuk tembusi pasaran global
Pemain industri kreatif negara perlu berani untuk keluar daripada kebiasaan bagi membolehkan kandungan kreatif negara menembusi pasaran global.

AWANI Ringkas: Lima ditahan bakar mercun | Lagi cebisan manusia ditemui
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sindiket seludup diesel tumpas
PGA merampas sebuah lori tangki selain bahan bakar berkenaan dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM224,500.

MBSA mohon maaf insiden pertengkaran kakitangan, pelanggan
Kejadian berpunca akibat salah faham di antara seorang pelanggan dan salah seorang petugas di kaunter berhubung nombor giliran.

PATI Myanmar sembunyi di tanah perkuburan
Dalam serbuan jam 10.30 pagi itu, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas telah berjaya menahan kesemua PATI yang berusia empat hingga 25 tahun.

Mangsa banjir di Kubang Pasu kembali bertambah
Sehingga jam 12 tengah malam tadi, 58 mangsa daripada 12 keluarga kembali ke PPS, meningkat berbanding 28 orang pada jam 8 malam.

Banjir Kedah: PPS dibuka semula di Kubang Pasu
PPS itu dibuka jam 9 malam tadi menempatkan 31 mangsa daripada tujuh keluarga.

Keadaan banjir di Kedah pulih sepenuhnya, PPS terakhir ditutup
Pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Kedah yang menempatkan 30 mangsa banjir daripada sembilan keluarga ditutup sepenuhnya pada pukul 4 petang ini.

Mangsa banjir di Kedah terus menyusut kepada 30 orang
Semua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Cenderawasih, Pendang.

Empat PPS ditutup, bilangan mangsa banjir di Kedah berkurangan
Hanya PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent di daerah Kota Setar masih aktif setakat ini.

Cuaca semakin baik, bilangan mangsa banjir berkurangan di Kedah
Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Sik dan Kubang Pasu ditutup sepenuhnya hari ini sekali gus menjadikan jumlah mangsa banjir di negeri ini menurun kepada 797 orang setakat 4 petang berbanding 8

Banjir Kedah: 840 mangsa dipindahkan, dua PPS baharu dibuka
Tujuh mangsa dari dua keluarga dipindahkan ke dua PPS yang mula dibuka pada jam 10 malam tadi.

Mangsa banjir di Kedah menurun, 1 PPS ditutup
Jumlah mangsa banjir di Kedah yang antara lain berpunca daripada fenomena air pasang besar, mencatatkan penurunan malam ini berbanding pagi tadi.

Pekan Sik, kawasan sekitar dilanda banjir kilat
Hujan mula turun jam 4 petang berlarutan sehingga jam 7 malam tadi mengakibatkan Pekan Sik dan Kampung Banggol Kiat dinaiki air.

Mangsa banjir di Kedah kembali meningkat
Sehingga jam 10 malam seramai 866 mangsa daripada 240 keluarga dipindahkan ke 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah.