MALAYSIA
Cuai sebabkan tujuh kenderaan rosak di Stesen KTM Ipoh, pemandu van didenda RM8,000
Vikneshwaran dituduh memandu sebuah van tanpa kecermatan dan perhatian yang sepatutnya terhadap orang lain di pekarangan Stesen KTM Ipoh kira-kira jam 2.54 pagi, 5 Oktober lalu. - Foto Astro AWANI
IPOH: Seorang pemandu van mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan memandu secara cuai sehingga menyebabkan kerosakan terhadap tujuh buah kenderaan pada Ahad lalu.
Tertuduh, R. Vikneshwaran, 43 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Anis Hanini Abdullah.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara dua bulan jika gagal bayar denda di samping kesalahan itu dicatatkan dalam lesen memandunya.
Mengikut pertuduhan, bapa kepada dua orang anak itu dituduh memandu sebuah van tanpa kecermatan dan perhatian yang sepatutnya terhadap orang lain di pekarangan Stesen KTM Ipoh kira-kira jam 2.54 pagi, 5 Oktober lalu.
Dia didakwa di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM5,000 hingga maksimum RM10,000, atau penjara tidak melebihi 12 bulan, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, kemalangan itu melibatkan tujuh buah kenderaan iaitu Honda City, Toyota Vios, Perodua Kancil, Proton X50, Proton Saga, Perodua Axia dan van Toyota Hiace yang dipandu tertuduh.
Timbalan Pendakwa Raya, Amal Azimah Abd Kohar mencadangkan hukuman yang maksima kerana kemalangan menyebabkan kerosakan besar pada tujuh kenderaan di samping tempat kejadian adalah tempat awam.
Bagaimanapun, Vikneshwaran yang tidak diwakili peguam memohon hukuman paling minima kerana menanggung dua anak yang masih belajar dan ibu bapa yang sudah tua.
Terdahulu, media melaporkan polis menahan seorang lelaki warga tempatan bagi membantu siasatan berhubung kemalangan melibatkan enam kereta di kawasan meletak kenderaan berhampiran Stesen KTM Ipoh, awal pagi Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, lelaki terbabit yang merupakan pemandu sebuah van ditahan selepas polis menerima maklumat daripada orang awam.