MALAYSIA
Cuba leraikan salah faham, lelaki cedera dikelar
Mangsa berjalan dalam keadaan berlumuran darah dan cuba dibantu oleh individu lain yang berada di lokasi kejadian. - Gambar/ Media sosial
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tempatan cedera dikelar ketika cuba meleraikan salah faham antara rakannya dan empat lelaki di Jalan Metro Pudu, di sini, Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail berkata mangsa berusia 21 tahun itu mengalami kecederaan pada bahagian kepala, muka dan tangan akibat kelaran pisau dan suspek turut melarikan barangan milik rakan mangsa dalam insiden tersebut.
"Susulan kejadian itu, empat lelaki tempatan berusia 16 hingga 23 tahun telah ditahan dan seterusnya direman tujuh hari bermula Khamis lepas hingga Rabu depan kerana disyaki melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata penahanan suspek pada Rabu lepas dibuat di tiga lokasi berbeza di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.
Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, tular di media sosial video memaparkan mangsa berjalan dalam keadaan berlumuran darah dan cuba dibantu oleh individu lain yang berada di lokasi kejadian.
-- BERNAMA