awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuba seludup 1,550 liter petrol ke negara jiran, dua lelaki ditahan Maritim Malaysia

Bernama
Bernama
30/07/2025
15:22 MYT
Cuba seludup 1,550 liter petrol ke negara jiran, dua lelaki ditahan Maritim Malaysia
Kesemua suspek ditahan selepas bot yang dikesan berkeadaan mencurigakan dan cuba melarikan diri ketika dihampiri pasukan Maritim Malaysia. - Foto: Malaysia Coast Guard
SANDAKAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan dua lelaki warga asing bersama 62 tong minyak berisi 1,550 liter petrol di atas sebuah kapal kargo, di 0.8 batu nautika barat Pulau Berhala di sini awal pagi tadi dipercayai untuk diseludup ke negara jiran.
Pengarah Zon Maritim Sandakan Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata lelaki berumur 38 dan 42 tahun yang merupakan tekong serta kru kapal kargo itu, ditahan pada 1.35 pagi selepas bot dikesan berkeadaan mencurigakan dan cuba melarikan diri ketika dihampiri pasukan Maritim Malaysia.
"Pemeriksaan ke atas bot menemukan tong tersebut. Kedua-dua suspek juga tidak memiliki dokumen pengenalan diri, selain kapal kargo dikendalikan tidak mempunyai lesen operasi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Muhamad Suhairy berkata kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1962, Akta Imigresen 1959/1963 serta Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maritim Malaysia
#warga asing
#seludup petrol
#kapal kargo
#Pulau Berhala
#bot ditahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami