awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuba serang, seorang lagi pengganas Sulu ditembak mati

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
28/03/2013
09:50 MYT
Cuba serang, seorang lagi pengganas Sulu ditembak mati
Seorang pengganas Sulu telah ditembak mati dalam suatu operasi bersepadu oleh pasukan keselamatan negara di Kampung Simunul pagi ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata kejadian pada pukul 8.40 pagi itu berlaku selepas pengganas itu menyerang seorang anggota pasukan keselamatan.
“Pasukan keselamatan telah memeriksa sebuah rumah yang dianggap sebagai sasaran. Semasa pemeriksaan tersebut, anggota pasukan keselamatan telah diserang oleh seorang lelaki.
“Lelaki itu menetak seorang anggota kita dua kali di depan dan di belakang tetapi lelaki itu berjaya dibunuh.
“Anggota kita tidak mendapat kecederaan serius sebab menpunyai keperluan lengkap,” kata Hamza semasa satu sidang media di Felda Sahabat hari ini.
Hamza berkata lelaki yang ditembak mati itu merupakan pengawal dan pembantu seorang imam tua yang telah ditembak mati pada 2 Mac lalu.
Hamza juga berkata berikutan kejadian itu, enam orang telah ditangkap.
“Kita berjaya menangkap dua orang perempuan dan empat orang lelaki. Dua perempuan itu merupakan isteri dan anak kepada lelaki yang terbunuh.
“Dengan ini, tangkapan kita di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) telah meningkat kepada 121 orang.
“Tangkapan di bawah Akta-Akta lain mencapai 443 orang dan seramai 68 orang musuh telah berjaya ditumpaskan,” kata beliau.
Topic Berkaitan
#Filipina
#Lahad Datu
#operasi daulat
#Ops Daulat
#Sabah
#Sulu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan