awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cubaan enam PATI menyusup keluar pulang ke negara asal gagal

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
16/03/2024
06:32 MYT
Cubaan enam PATI menyusup keluar pulang ke negara asal gagal
Kesemua PATI yang ditahan berumur lingkungan 26 hingga 42 tahun. - Foto Maritim Malaysia
BATU PAHAT: Seramai enam individu disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selepas gagal meloloskan diri pulang ke negara asal di perairan Tampok, Pontian, pada Jumaat.
Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohd Haniff Mohd Yunus berkata, pihaknya yang sedang melakukan rondaan dan penguatkuasaan dalam Op Jaksa dan Op Tiris 3.0 mengesan bot fiber tersebut dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 9.30 pagi.
Katanya, kesemua PATI yang ditahan berumur lingkungan 26 hingga 42 tahun.
“Bertindak dengan pantas serta berjaya memintas bot fiber terbabit, anggota Maritim Malaysia telah melakukan pemeriksaan terhadap bot fiber berkenaan dan menemukan enam lelaki disyaki PATI.
“Hasil pemeriksaan mendapati tekong dan penumpang bot gagal mempamerkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah untuk memasuki negara ini.
“Tekong yang mengendalikan bot fiber tersebut turut disyaki warganegara Indonesia,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Kesemua warga Indonesia terbabit dalam percubaan keluar dari perairan Malaysia menuju ke Batam, Indonesia.  - Foto Maritim Malaysia
Kesemua warga Indonesia terbabit dalam percubaan keluar dari perairan Malaysia menuju ke Batam, Indonesia. - Foto Maritim Malaysia
Mohd Haniff berkata, hasil siasatan lanjut mendapati kesemua warga Indonesia terbabit dalam percubaan keluar dari perairan Malaysia menuju ke Batam, Indonesia.
“Bot fiber bersama kesemua suspek telah dibawa le Jeti Maritim Batu Pahat dan diserahkan kepada Unit Siasatan Zon Maritim Batu Pahat bagi sisasatan lanjut,” jelasnya.
Tekong bot disiasat mengikut Seksyen 26A di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Manakala lima warganegara Indonesia lain disiasat di bawah Seksyen 5 (2) Akta Imigresen 1959/63 bagi kesalahan keluar masuk Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan.
Topic Berkaitan
#pendatang asing tanpa izin
#Maritim Malaysia
#pati
#warga Indonesia
#Batam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan