awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Finas salur RM1.51 juta insentif tayangan kepada 27 filem
[TERKINI] "Kerajaan tegas perangi rasuah, tanpa pilih kasih" – PM Anwar
Permintaan tiket Piala Dunia 2026 pecah rekod
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cubaan samun: Lelaki berjaya ditahan mangsa, orang awam

Sinar Harian
Sinar Harian
04/08/2022
23:00 MYT
Cubaan samun: Lelaki berjaya ditahan mangsa, orang awam
Suspek bersenjatakan parang yang berjaya ditahan oleh mangsa dengan bantuan orang awam. -Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Dua lelaki bukan sahaja gagal menyamun seorang peniaga kedai runcit warga Pakistan di Jalan Hospital Berek 12, di sini, malah seorang daripadanya berjaya ditahan oleh mangsa dengan bantuan orang awam pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, suspek berusia 20 tahun yang bekerja sebagai buruh dipercayai menaiki kereta jenis Perodua Myvi bersama rakannya dan ke kedai runcit tersebut pada jam 3 pagi.
"Semasa kejadian, mangsa yang berusia 40 tahun bersendirian di kaunter kedai, manakala isteri dan anak-anaknya berada di rumah terletak di bahagian belakang premis perniagaan tersebut.
"Suspek dan rakannya yang bersenjatakan sebilah parang masuk ke dalam kedai serta berpura-pura ingin membeli barang," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Menurutnya, suspek mengeluarkan sebilah parang dan terus mengacukannya ke arah mangsa.
Beliau berkata, mangsa bertindak melawan dan berjaya menangkap suspek dengan bantuan orang awam yang berada di tempat kejadian.
Katanya, hasil soal siasat, suspek mengaku cuba melakukan samun di kedai runcit milik mangsa bersama rakan dikenali dengan nama panggilan 'Afiq' yang melarikan diri menaiki sebuah Perodua Myvi berwarna biru.
"Suspek mengalami luka di bahu kiri dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
"Manakala mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan kerugian.
"Usaha mengesan dan menangkap seorang lagi suspek yang masih bebas sedang dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#peniaga kedai runcit warga Pakistan
#Jalan Hospital Berek 12
#Mohd Rosdi Daud
#rompak acu parang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan