MALAYSIA
Cubaan seludup 56.81 kg dadah RM5.56 juta guna kurier udara di KLIA gagal

JKDM LTAKL berjaya menggagalkan cubaan menyeludup lebih 56.81 kg bunga ganja bernilai RM5.56 juta dalam beberapa operasi di Zon Perdagangan Bebas KLIA.
SEPANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (JKDM LTAKL) berjaya mematahkan cubaan menyeludup dadah jenis bunga ganja seberat lebih 56.81 kilogram yang dianggarkan bernilai RM5.56 juta dalam beberapa operasi di pengendali terminal kargo udara di Zon Perdagangan Bebas KLIA sepanjang April dan Mei lepas.
Ringkasan AI
- JKDM LTAKL berjaya menggagalkan cubaan menyeludup lebih 56.81 kg bunga ganja bernilai RM5.56 juta dalam beberapa operasi di Zon Perdagangan Bebas KLIA sepanjang April dan Mei; dadah disorok dalam plastik kedap udara dan kotak biasa sebelum dihantar melalui kurier udara.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan jika tidak dijatuhi hukuman mati.
- Dalam kes berasingan, Kastam KLIA turut menumpaskan cubaan menyeludup 1.54 juta batang rokok putih bernilai RM154,000 di Klang; modus operandi melibatkan lori bonded dan penghantaran waktu malam, disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.
Menurut beliau, modus operandi sindiket bagi semua kes adalah dengan membungkus dadah dalam plastik kedap udara bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, sebelum disorokkan di dalam kotak biasa.
Katanya bungkusan tersebut kemudiannya diimport masuk ke dalam negara dan dieksport menggunakan perkhidmatan kurier udara.
Zulkifli berkat kes disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta tidak kurang daripada 12 sebatan, jika tidak dijatuhi hukuman mati.
Dalam perkembangan lain, sepasukan anggota Bahagian Penguatkuasaan Kastam KLIA turut menumpaskan cubaan menyeludup 1.54 juta batang rokok putih pelbagai jenama, dianggarkan bernilai RM154,000 dengan jumlah anggaran duti dan cukai sebanyak RM1.03 juta dalam satu serbuan di Klang, Selangor pada 9 Mei lepas.
Beliau berkata operasi itu dilaksanakan hasil maklumat dalaman dan risikan yang membawa kepada pemeriksaan terhadap dua buah lori di lokasi berkenaan.
"Modus operandi sindiket adalah dengan menggunakan lori bonded untuk mengedar rokok tidak berkastam, manakala penghantaran dilakukan pada waktu malam bagi mengelak dikesan pihak berkuasa," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967, yang jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang dari 10 kali nilai barang atau RM100,000 (yang mana lebih tinggi) dan tidak lebih dari 20 kali nilai barang atau RM500,000 (yang mana lebih tinggi), atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami