awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cubaan seludup ketum ke negara jiran digagalkan

Salim Aziz
Salim Aziz
17/05/2018
13:50 MYT
Cubaan seludup ketum ke negara jiran digagalkan
Rondaan yang diketuai Sarjan Jurus Jaimis itu menemukan 1,250 ikat daun ketum yang ditinggalkan di kawasan berkenaan.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup 240 kilogram daum ketum yang dianggarkan bernilai lebih RM21,600 di Pos Sahara, Padang Terap, Kedah pagi tadi.
Panglima 6 Briged, Brigedier Jeneral Abdul Aziz Ismail berkata, daun ketum terbabit ditemui ditinggalkan di kawasan semak ketika pasukan Batalion Kedua Rejien Renjer Diraja (2RRD) melakukan rondaan kira-kira 11.30 pagi.
Katanya, rondaan yang diketuai Sarjan Jurus Jaimis itu menemukan 1,250 ikat daun ketum yang ditinggalkan di kawasan berkenaan.
"Kesemua daun ketum itu dipercayai akan dipungut oleh individu tertentu sebelum diseludup ke negara jiran," katanya kepada pemberita di sini.
Tambah Abdul Aziz, ini rampasan susulan selepas penemuan sejumlah 170 kilogram daun ketum pada Ahad.
Katanya kesemua daun ketum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Nerang untuk siasatan lanjut.
Selain itu, beliua turut mengingatkan kepada pasukan operasi supaya sentiasa berwaspada walaupun di bulan ramadan memandatangkan aktiviti penyeludupan dijangka berterusan.
Topic Berkaitan
#Abdul Aziz Ismail
#Angkatan Tentera Malaysia
#ATM
#Kedah
#Kuala Nerang
#Padang Terap
#Pos Sahara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan