MALAYSIA
Cubaan sembunyi harimau belang mati di Mersing gagal, tiga lelaki ditahan
Tiga lelaki berusia antara 28 hingga 49 tahun ditahan selepas gagal mengemukakan sebarang permit khas untuk memiliki atau menyimpan spesies yang dilindungi sepenuhnya itu. - Foto FRU
MERSING: Cubaan menyimpan harimau belang mati berjaya ditumpaskan dalam satu serbuan oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Bukit Aman bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor di Felda Tenggaroh, pagi tadi.
Ringkasan AI
Operasi yang dinamakan Operasi Bersepadu Khazanah itu digerakkan hasil maklumat awam sebelum pasukan risikan FRU membuat pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan jenis Perodua Alza.
Hasil pemeriksaan menemukan seekor harimau belang (panthera tigris jacksoni) yang telah mati, dipercayai diburu secara haram.
Tiga lelaki berusia antara 28 hingga 49 tahun ditahan selepas gagal mengemukakan sebarang permit khas untuk memiliki atau menyimpan spesies yang dilindungi sepenuhnya itu.
Selain harimau belang mati, pihak berkuasa turut merampas sebuah kenderaan Perodua Alza serta empat buah telefon bimbit pelbagai jenama.
Semua tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing untuk dokumentasi serta tindakan lanjut di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).
Menurut siasatan awal, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan mencecah RM294,007 melibatkan haiwan, kenderaan, dan peralatan komunikasi.
Harimau belang itu dilaporkan mengalami kecederaan parah dipercayai akibat jerat, selain enam kesan tembakan di kepala yang menjadi punca kematiannya.
Komander Pasukan Simpanan Persekutuan, SAC Rosli Md Yusof, berkata kejayaan operasi itu membuktikan risikan FRU kini semakin berperanan besar dalam mengekang jenayah pemburuan haram.
“Harimau belang adalah khazanah negara yang tidak ternilai. Kehilangannya akibat kerakusan manusia adalah pengkhianatan kepada warisan bangsa.
“Risikan FRU akan terus berganding bahu dengan agensi sahabat untuk mempertahankan khazanah negara,” katanya.
Beliau menegaskan, FRU beriltizam untuk membanteras pemburuan haram tanpa kompromi kerana ia merupakan amanah besar demi kelestarian alam sekitar dan generasi akan datang.
Ketiga-tiga suspek kini direman oleh Perhilitan Negeri Johor untuk membantu siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 70 Akta 716 kerana menyimpan hidupan liar tanpa permit khas.
Pihak berkuasa turut mengingatkan bahawa tindakan tegas menanti mana-mana individu yang terbabit dalam pemburuan, pemerdagangan atau penyeludupan hidupan liar, bagi memastikan warisan semula jadi negara terus terpelihara.
Ringkasan AI
- FRU Bukit Aman dan Perhilitan Johor menumpaskan cubaan menyimpan harimau belang mati dalam Operasi Bersepadu Khazanah di Felda Tenggaroh, menahan tiga lelaki berusia 28 hingga 49 tahun.
- Harimau belang yang dilindungi sepenuhnya ditemui mati dengan enam kesan tembakan di kepala, dipercayai diburu secara haram; nilai rampasan termasuk kenderaan dan telefon bimbit dianggarkan RM294,007.
- Kes disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716), dengan pihak berkuasa memberi amaran tindakan tegas terhadap pemburuan haram demi melindungi khazanah negara.