awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Duta Korea Selatan imbau detik kegembiraan, keakraban pada tahun terakhir di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cubaan terbangkan ungka dan cuscus ke India gagal di KLIA

Astro Awani
Astro Awani
29/09/2025
02:25 MYT
Cubaan terbangkan ungka dan cuscus ke India gagal di KLIA
Seekor ungka dan dua ekor cuscus ditemui dalam bagasi seorang lelaki 46 tahun yang cuba menerbangkannya ke India melalui KLIA. Gambar AKPS.
SEPANG: Satu cubaan menyeludup hidupan liar untuk dibawa ke Mumbai, India berjaya digagalkan oleh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada Ahad.
Operasi tersebut dijalankan sekitar jam 8.10 malam dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) serta Polis Bantuan KLIA.
Pasukan penguat kuasa berjaya mengesan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 46 tahun yang cuba membawa keluar seekor ungka dan dua ekor cuscus yang disimpan dalam bagasinya melalui penerbangan Malaysia Airlines MH0194.
“Nilai sitaan dianggarkan mencecah RM20,000 dan suspek telah ditahan serta dibawa ke Balai Polis Aeropolis untuk siasatan lanjut,” kata AKPS menerusi kenyataan pada Isnin.
Suspek disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] serta Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 [Akta 686].
Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] memperuntukkan kawalan ke atas pemilikan, pemburuan, penjualan dan penyeludupan hidupan liar serta mengenakan hukuman berat termasuk denda dan penjara terhadap pesalah.
Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 [Akta 686] menetapkan peraturan berkaitan eksport, import dan transit spesies terancam selaras dengan konvensyen CITES, di mana setiap perdagangan memerlukan permit sah dan kesalahan boleh dihukum denda atau penjara.
“Semua barang kes telah diserahkan ke Pejabat PERHILITAN KLIA untuk tindakan lanjut,” katanya lagi.
AKPS menegaskan kejayaan ini mencerminkan komitmen berterusan pihak berkuasa dalam membanteras aktiviti penyeludupan hidupan liar serta memastikan pintu masuk utama negara tidak dijadikan laluan jenayah rentas sempadan.
Topic Berkaitan
#Akta Pemuliharaan Hidupan Liar
#India
#Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
#Malaysia Airlines
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan