awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CUCKOO jalin kerjasama dengan OGAWA, lancar kerusi urut CUCKOO BESPOKE

Israr Khalid
Israr Khalid
14/07/2023
08:28 MYT
CUCKOO jalin kerjasama dengan OGAWA, lancar kerusi urut CUCKOO BESPOKE
CUCKOO BESPOKE, kerusi urut hasil sinergi kepakaran CUCKOO International dan OGAWA Malaysia yang inovatif, canggih dan mampu milik - hanya RM139 sebulan.
KUALA LUMPUR: CUCKOO International memeterai persepakatan dengan OGAWA Malaysia untuk menawarkan produk Kehidupan Sihat yang lebih unggul kepada rakyat Malaysia.
Sebagai permulaan, dua syarikat tersebut berpadu tenaga menghasilkan CUCKOO BESPOKE, kerusi urut inovatif hasil sinergi kepakaran kedua-dua jenama dalam bidang masing-masing.
Usaha ini mengembangkan tawaran di bawah salah satu daripada empat tonggak Kediaman Sihat CUCKOO International iaitu Kehidupan Sihat (Healthy Living) yang menawarkan rangkaian penyelesaian kehidupan di rumah yang dibentuk bersama melalui kerjasama strategik.
“Kami berbesar hati untuk berganding bahu dengan OGAWA Malaysia yang berkongsi semangat sama dalam menolak garis sempadan dan melangkaui standard bagi mencipta penyelesaian yang dapat membantu rakyat Malaysia untuk #SAMASAMAHealthier.
“Dengan menggabungkan kepakaran dan sumber yang kami ada, kami berharap dapat menginspirasi dan memperkasa lebih ramai rakyat Malaysia untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan ceria dengan inovasi yang akan membantu mewujudkan kediaman yang sihat,” kata KC Hoe, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International.
Menggemakan sentimen sama, Datuk Lim Mee Ling, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif OGAWA Malaysia menegaskan bahawa kerjasama dengan CUCKOO International tidak hanya menandakan satu kejayaan baharu, tetapi lebih penting adalah membolehkan mereka meluaskan capaian penyelesaian kesihatan kepada lebih ramai rakyat Malaysia.
“Di OGAWA, kami percaya dalam berkongsi ‘Heart of Wellness’ dengan memperkenalkan teknologi kesihatan yang canggih dan inovatif serta mampu dimiliki ke dalam seberapa banyak kediaman Malaysia yang boleh.”
Mereka berkata demikian pada majlis menandatangani memorandum persetujuan (MoA) antara dua syarikat terbabit serta pelancaran kerusi urut CUCKOO BESPOKE di pusat beli-belah Central i-City di sini pada Khamis.
Kerusi urut CUCKOO BESPOKE adalah ciptaan yang menerapkan teknologi kesihatan inovatif OGAWA Malaysia dengan servis ‘Beyond Standard’ CUCKOO International yang menjanjikan penyelesaian Kediaman Sihat yang holistik.
Antara ciri utama kerusi urut ini termasuk Trek SL dengan pemadanan khusus, enam program urutan, 11 tetapan jenis urutan, 30 beg udara, termoterapi bersuhu 45°C dan Graviti Sifar Dua Peringkat - kesemua ciri ini dibangunkan dengan pertimbangan teliti berdasarkan data yang diperoleh oleh CUCKOO International dan OGAWA Malaysia supaya ia sesuai dengan keperluan semua lapisan masyarakat negara ini.
Bersama teknologi hebatnya, pakej sewaan kerusi urut ini juga hadir dengan servis berkala setiap enam bulan merangkumi 10 titik servis (service checkpoint), serta perkhidmatan penukaran kulit kerusi urut sekali pada tahun ketiga tempoh servis untuk memastikan ia sentiasa berfungsi pada tahap yang optimum.
Dengan rekaan, fungsi dan servis yang unggul, kerusi urut CUCKOO BESPOKE boleh dimiliki pada harga RM139 sebulan dengan pelan sewaan.
CUCKOO International dan OGAWA Malaysia menyasarkan kerusi urut mampu milik ini dapat membantu lebih daripada 200,000 pengguna isi rumah Malaysia memiliki kehidupan yang lebih sihat.
Topic Berkaitan
#Cuckoo
#OGAWA
#produk Kehidupan Sihat
#kerusi urut inovatif
#SAMASAMAHEALTHIER
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan