KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan semua penjawat awam Gred 54 ke bawah menyumbang sekurang-kurangnya RM10 seorang kepada Tabung COVID-19 bagi membantu usaha mengekang penularan wabak itu.
Presidennya Adnan Mat berkata cadangan sumbangan itu boleh dibuat melalui potongan gaji dan dikecualikan kepada petugas kesihatan, keselamatan, pertahanan dan penguatkuasaan yang terlibat secara aktif di barisan hadapan mengekang penularan COVID-19, sebagai penghargaan kepada mereka.
"Sekiranya ada dalam kalangan penjawat awam ingin memberi sumbangan yang lebih, ia adalah keputusan masing-masing dan boleh dilaksanakan melalui prosedur yang diputuskan kerajaan.
"CUEPACS juga menghargai pengorbanan penjawat awam di peringkat Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dan TURUS kerana telah bersetuju memotong elaun keraian sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu lagi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Adnan, pihaknya sedia maklum bahawa pandemik ini telah mengakibatkan pelbagai golongan terkesan termasuklah pasangan penjawat awam yang bekerja di sektor swasta dan berniaga secara kecil-kecilan.
Malah kerajaan juga telah mengeluarkan belanja yang sangat besar bagi mengurangkan lagi kesan ekonomi tersebut kepada rakyat.
Sementara itu, Adnan berharap kerajaan dapat menyegerakan pemberian vaksin kepada penjawat awam yang menjadi tulang belakang kepada pentadbiran negara bagi membolehkan mereka meneruskan peranan menjayakan agenda pemulihan ekonomi rakyat dan negara.
"Melalui pemberian vaksin ini, sudah tentu tiada masalah untuk penjawat awam melaksanakan tugas mereka seperti biasa di lapangan masing-masing dan tidak perlu lagi bekerja dari rumah.
"Langkah itu juga mengurangkan risiko jangkitan kepada penjawat awam dan masyarakat kerana kebanyakan tugas penjawat awam adalah memberi perkhidmatan secara langsung kepada rakyat secara bersemuka," katanya.
Beliau juga berharap agensi kerajaan lain dapat menyalurkan aset mereka seperti kenderaan jabatan, meja, kerusi dan khemah kepada pusat kuarantin, pusat pemberian vaksin, bilik gerakan COVID-19 daerah, klinik kesihatan dan Pusat Penilaian COVID-19 agar gerak kerja di fasiliti terlibat dapat diperkemaskan lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 31 2021
Adnan berkata sumbangan itu boleh dibuat melalui potongan gaji. - Gambar fail/ BERNAMA
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit naik kepada 4.7330/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7370/7400 pada Jumaat lepas.
Jualan kenderaan terima kesan akibat pemotongan subsidi, segmen M40 diramal paling terjejas - RHB Investment
Katanya, kumpulan berpendapatan rendah masih dijangka menerima subsidi manakala golongan berpendapatan tinggi mungkin tidak begitu terkesan.
Ambil contoh kelulusan sehari di Arab Saudi - PM
Anwar berkata, kecekapan dan kepantasan memberi kelulusan segera itu seterusnya membolehkan negara berkenaan melonjak tinggi.
Penjualan kepentingan BHIC dalam syarikat kontraktor LCS kini bertukar menjadi 'tanpa syarat'
Dengan kelulusan pemegang saham, semua syarat terdahulu seperti yang dinyatakan dalam SSA telah dipenuhi, kata BHIC.
Menteri, ketua jabatan perlu kemuka nama kampung minggu depan
Anwar berkata, pendekatan yang diperkenal bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh rakyat tidak boleh memakan masa yang lama.
Anwar dijadual adakan pertemuan dalam talian dengan Google hari ini
Tanpa menyatakan butiran lanjut mengenai isu yang akan dibincangkan, beliau berkata Malaysia terus mendapat minat daripada pelabur asing.
Lapan termasuk kanak-kanak, bayi cedera, kereta terbabas di lebuh raya PLUS
Kesemua mangsa menaiki kereta jenis Proton Exora yang telah terbalik di sisi kanan dalam kemalangan di lebuh raya PLUS awal pagi ini.
Pusat Rawatan Madinah mula beroperasi, dilengkapi pelbagai kemudahan, doktor pakar
Pusat rawatan berkenaan dilengkapi kemudahan antaranya wad dengan kapasiti 33 katil, unit kecemasan, x-ray, fisioterapi dan makmal perubatan selain pakar pemakanan.
Penjawat awam tiada integriti tidak berhak dapat layanan sama dari kerajaan - PM Anwar
Tingkat integriti penjawat awam perlu setimpal dengan pengiktirifan yang diberikan kerajaan kepada mereka.
Semua 31,600 jemaah Tabung Haji tahun ini akan masuk Raudah
Namun begitu, ia bergantung atau tertakluk kepada kerajaan Arab Saudi untuk meluluskan permohonan yang dibuat melalui aplikasi Nusuk.
Pencen penjawat awam: Cuepacs harap masih ada ruang perbincangan
Cuepacs berharap masih terdapat ruang perbincangan antara pihaknya dengan kerajaan sebelum dasar baharu pengambilan penjawat awam secara tetap tetapi tidak berpencen, dilaksanakan.
Cuepacs saran tempoh bayaran pinjaman dipanjangkan, elak rakyat muflis
Langkah itu wajar dilaksana bagi membolehkan jumlah bayaran balik pinjaman lebih rendah sekali gus membantu rakyat yang berdepan isu kos sara hidup.
Perbincangan dengan Cuepacs Isnin ini - Mohd Zuki
Dijangka turut menyentuh soal desakan kongres tersebut yang meminta kerajaan supaya segera menunaikan tuntutan berkaitan gaji penjawat awam.
Dakwaan pengambilan, kenaikan pangkat berasaskan kaum tuduhan berat - Cuepacs
Perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok itu adalah cubaan untuk mempolitikkan perkhidmatan awam.
Etika berpakaian wajar dipraktikkan - Cuepacs
Wajar dipraktikkan oleh semua pihak yang berurusan dengan mana-mana organisasi tidak kira jabatan kerajaan mahupun swasta.
Cuepacs cadang kerajaan wujud pengkhususan khas jawatan warden
Lantikan warden berkenaan bagi membolehkan anggota penjawat awam menjalankan tugas sebagai warden secara sepenuh masa.
Jangan mansuh cuti tahunan petugas barisan hadapan yang tidak dihabiskan - Cuepacs
Cuepacs mohon kerajaan supaya memberi pertimbangan ke atas cuti yang tidak dihabiskan semasa berhadapan pandemik.
Cuepacs harap pelantikan PM baharu tamatkan sengketa politik dalam kalangan pemimpin
Cuepacs juga katanya memohon agar Perdana Menteri menstrukturkan semula setiap kementerian supaya fungsinya lebih tersusun dan terkoordinasi.
Penjawat awam terus beri khidmat berkualiti, berkesan untuk rakyat - Cuepacs
Perkhidmatan awam adalah tonggak kepada pentadbiran kerajaan dan perlu bertindak secara profesional.
KPM perlu beri keutamaan tiga aspek ambil guru baharu - Cuepacs
Tiga elemen itu perlu diberi penekanan kerana cabaran yang dihadapi dalam dunia perguruan ketika ini amat besar.