KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs), menggesa semua ketua jabatan mengenal pasti petugas yang tidak mendaftar atau masih belum menerima suntikan vaksin.
Presidennya Adnan Mat dalam kenyataan hari ini berkata, proses mengenal pasti itu perlu dilakukan segera, bagi membolehkan maklum balas diterima mengenai punca mereka masih belum mendaftar.
Katanya pihaknya mengambil maklum 2.2 peratus penjawat awam masih tidak mendaftar bagi suntikan vaksin COVID-19, namun terlalu awal untuk membuat rumusan golongan itu menolak vaksinasi.
"Terdapat kemungkinan penjawat awam ini belum mendaftar kerana mempunyai alahan, mengandung, atau pun keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan," menurut kenyataan itu.
Adnan berkata, ketua jabatan perlu mengadakan sesi pertemuan dengan petugas masing-masing, selepas proses mengenal pasti bagi mengetahui dan menyelesaikan permasalahan dihadapi petugas mereka, sekali gus dapat menyampaikan maklumat berkaitan kebaikan vaksin.
Sementara itu, pihaknya juga berharap kerajaan dapat menyegerakan proses vaksinasi bagi individu telah mendaftar termasuk 30,000 penjawat awam, yang masih belum memperoleh tarikh janji temu.
Dalam hal ini, Cuepacs melihat pelaksanaan PPV (pusat pemberian vaksin) bergerak ke premis dan jabatan kerajaan, boleh menyelesaikan proses vaksinasi 30,000 penjawat awam yang belum lagi mendapat janji temu.
"Setiap jabatan mempunyai data kakitangan yang lengkap dan proses ini boleh berjalan dengan lancar sekiranya, proses vaksinasi dilakukan di premis kerajaan, selain dapat mengelakkan kesesakan," katanya.
Adnan turut menasihati penjawat awam, untuk tidak mengabaikan tanggungjawab mereka menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), dan seterusnya memastikan persekitaran selamat di jabatan masing-masing.
Jelasnya, keengganan pihak tertentu untuk divaksin hanya akan mendedahkan risiko kepada rakan sekerja, sehingga mewujudkan persekitaran tidak selamat di tempat kerja.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 30 2021
Presiden Cuepacs Adnan Mat berkata, proses mengenal pasti itu perlu dilakukan segera, bagi membolehkan maklum balas diterima mengenai punca mereka masih belum mendaftar. - Gambar fail
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
Peserta industri Labuan IBFC rayu MOF benarkan aktiviti perdagangan
Peserta industri IBFC Labuan mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kewangan bagi pertimbangan supaya membenarkan kegiatan perdagangan dalam lingkungan pusat itu.
NSC2024 fokus kesiapsiagaan negara hadapi IR 4.0
NSC 2024 memberi penekanan kepada elemen daya cipta dan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi kerancakan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
CAP gesa perkukuh Perjanjian Global Plastik, elak krisis pencemaran sisa
CAP minta rundingan Perjanjian Plastik Global perkukuh kandungan dalam perjanjian ini bagi mengelakkan krisis pencemaran sisa plastik terus berlaku.
Cadangan wujudkan semula Tribunal Penjawat Awam, perlu dibincang dengan KPPA dan KSN - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata sebarang perkara berkaitan perkhidmatan awam perlu dirujuk kepada kedua-dua pihak itu untuk diteliti.
Sikap keterbukaan, minda digital jayakan Pelan Pendigitalan Negara - Gobind
Katanya, sikap itu dapat menggalakkan penjawat awam bergerak pantas, belajar melalui kesilapan dan meningkatkan kecekapan tugasan.
Kuota 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan perlu dihapuskan - Nancy
Kira-kira 42 peratus wanita kini terlibat sebagai pembuat keputusan dalam sektor perkhidmatan awam.
Lantikan kontrak perkhidmatan awam adalah sementara - JPA
Peegawai yang dilantik menerusi lantikan kontrak (interim) akan dilantik secara tetap menerusi kaedah baharu di bawah sistem saraan perkhidmatan awam yang akan dimuktamadkan kelak.
Devaki tokoh inspirasi kepada wanita India di Malaysia
Prabhakaran menekankan perjalanan luar biasa mendiang Devaki yang menentang arus dan meninggalkan jejak berkekalan dalam politik Malaysia.
Henti buat tuduhan, kenyataan fitnah dakwaan siasatan terhadap KSN - PPTD
Semua pihak diminta supaya tidak membuat sebarang tuduhan dan mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas berhubung dakwaan fitnah terhadap Ketua Setiausaha Negara.
Pemukiman Jemaah Menteri 2024 perkasa sinergi dengan kepimpinan perkhidmatan awam - KSN
Katanya, pelbagai strategi dan hala tuju baharu kerajaan bagi jangka masa pendek, sederhana dan panjang dirangka sepanjang sesi permukiman.
Perkhidmatan awam tekad lunas kepercayaan PM Anwar
Penjawat awam perlu melaksanakan setiap tugas diberikan dengan sepenuh hati kerana Perdana Menteri amat komited menaikkan nama negara.
DUN lulus Rang Undang-Undang Ombudsman Sarawak 2023
DUN Sarawak hari ini meluluskan Rang Undang-undang Ombudsman Sarawak 2023, yang akan membenarkan orang ramai melaporkan salah tadbiran oleh agensi perkhidmatan awam negeri.
Organisasi sektor awam perlu perkasa perkhidmatan dari semasa ke semasa - PM
Sokongan itu perlu bagi memastikan negara dan rakyat dapat menikmati keharmonian serta kemakmuran yang berterusan.