awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CUEPACS gesa penjawat awam perkukuh integriti

Bernama
Bernama
21/09/2025
14:30 MYT
CUEPACS gesa penjawat awam perkukuh integriti
Adnan berkata pihaknya sentiasa memantau tahap integriti dalam kalangan penjawat awam bagi mengelakkan sebarang pembabitan dengan isu rasuah atau penyelewengan. - Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa penjawat awam terus memperkukuh integriti bagi mengekalkan keyakinan rakyat terhadap sektor kerajaan.
Presiden CUEPACS Datuk Dr Adnan Mat berkata pihaknya sentiasa memantau tahap integriti dalam kalangan penjawat awam bagi mengelakkan sebarang pembabitan dengan isu rasuah atau penyelewengan.
"Mungkin ada kelemahan didedahkan pihak tertentu membabitkan perkhidmatan awam, namun persepsi umum tidak semestinya mencerminkan keadaan sebenar.
"Dalam hal ini, kita perlu mengambil langkah yang lebih tertib agar reputasi penjawat awam tidak terjejas. Setakat ini kami berpuas hati penjawat awam kekal fokus memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara," katanya.
Adnan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tiga Tahunan Ke-17 Kesatuan Kakitangan KADA 2025 di Ibu Pejabat KADA, di sini, hari ini.
Beliau berkata kecemerlangan perkhidmatan sektor awam selari dengan kelebihan dinikmati penjawat awam melalui pelaksanaan kenaikan gaji oleh kerajaan bermula tahun lepas, dengan baki kenaikan dijadualkan pada Januari depan.
"Apabila kelebihan itu diperoleh, sudah pasti fokus kami untuk memastikan sistem penyampaian perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cuepacs
#integriti
#penjawat awam
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan