awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Will Smith dituduh lakukan amang seksual terhadap pemain biola lelaki
Lelaki patah tangan, kaki kereta hilang kawalan rempuh bas
Lelaki dikhuatiri lemas selepas jatuh dari perahu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CUEPACS minta elaun penginapan hotel disemak, cadang penarafan

Bernama
Bernama
21/09/2025
08:53 MYT
CUEPACS minta elaun penginapan hotel disemak, cadang penarafan
Adnan berkata cadangan itu wajar dipertimbangkan, kerana kadar harga hotel kini hampir dua kali ganda lebih tinggi berbanding elaun yang layak dituntut. - Gambar fail
KOTA BHARU: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan mengkaji cadangan menaikkan elaun penginapan hotel, berikutan peningkatan kos yang terpaksa ditanggung penjawat awam.
Presidennya Datuk Adnan Mat berkata cadangan itu wajar dipertimbangkan, kerana kadar harga hotel kini hampir dua kali ganda lebih tinggi berbanding elaun yang layak dituntut.
"Kadar elaun ini tidak pernah ditingkatkan sejak 15 tahun lepas di bawah pekeliling Perbendaharaan, sedangkan kadar harga hotel sekarang jauh melebihi jumlah elaun yang dibenarkan.
"Justeru, kami minta supaya kajian ini disegerakan demi kebajikan penjawat awam, khususnya kakitangan yang bertugas jauh dari ibu negara atau Putrajaya seperti di Terengganu dan Kelantan," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Mesyuarat Agung Tiga Tahunan ke-17 Kesatuan Kakitangan KADA 2025 di Ibu Pejabat KADA di sini, hari ini.
Adnan berkata CUEPACS turut mengemukakan tiga cadangan utama berhubung penarafan semula jawatan pembantu tadbir di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
Beliau berkata jawatan pembantu tadbir merupakan tunjang pentadbiran di semua jabatan, kementerian dan agensi kerajaan, namun masih belum diberi penarafan semula di bawah SSPA.
"Justeru, kami mencadangkan supaya jawatan pembantu tadbir gred N1 dijumudkan terus kepada N5. Jika keadaan kewangan tidak mengizinkan, kami syorkan agar diberi bayaran sekali beri.
"Kami juga mencadangkan pilihan lain iaitu kenaikan gred daripada N1 ke N5 atau sehingga N8 sepanjang perkhidmatan, dan apabila mereka bersara waran jawatan kembali kepada N1," katanya.
Mengulas mengenai integriti penjawat awam, Adnan menasihatkan semua kakitangan kerajaan supaya kekal fokus meningkatkan mutu perkhidmatan, selaras dengan kenaikan gaji yang telah dinikmati dan baki kenaikan yang akan diterima awal tahun hadapan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cuepacs
#elaun penginapan
#kadar harga hotel
#penjawat awam
#peningkatan kos
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan