awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu van Siam mengaku tidak salah langgar gadis hingga maut
KPM jangka peningkatan ketara jumlah kemasukan murid kawasan bandar tahun depan - Fadhlina
Polis mohon reman ke atas dua individu terlibat Himpunan GARAH
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuepacs perlu terus komited bela hak dan kebajikan penjawat awam

Bernama
Bernama
20/12/2016
23:01 MYT
Cuepacs perlu terus komited bela hak dan kebajikan penjawat awam
Mohamad Zabidi berkata, kesejahteraan 1.4 juta penjawat awam penting kerana ia mampu membantu negara agar terus berkembang untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi seperti yang dihasratkan. - Gambar fail
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) perlu terus bekerja keras dan komited dalam memperjuangkan hak dan kebajikan penjawat awam, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.
Beliau berkata semenjak awal penubuhannya lagi Cuepacs telah berjaya mengemukakan banyak masalah dan isu berkaitan penjawat awam kepada kerajaan bagi diselesaikan.
"Cuepacs telah banyak menyumbang kepada kesejahteraan penjawat awam di Malaysia, selain membawa banyak keluhan dan rintihan daripada penjawat awam, mereka juga telah membawa beberapa cadangan bagi membantu membaik pulih sistem perkhidmatan awam di negara kita," katanya semasa berucap pada majlis makan malam Konvensyen Kongres Tritahunan Cuepacs ke-27 di sini, Selasa.
Menurut Mohamad Zabidi, kesejahteraan 1.4 juta penjawat awam penting kerana ia mampu membantu negara agar terus berkembang untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi seperti yang dihasratkan.
"Kita faham pentingnnya penjawat awam ini kepada negara, mereka merupakan tulang belakang dalam memastikan agenda pembangunan dapat diteruskan, oleh itu setiap pandangan oleh Cuepacs perlu diambil serius oleh kerajaan," katanya. -- Bernama
Topic Berkaitan
#cuepacs
#Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam
#Mohamad Zabidi Zainal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan