awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuepacs pertikai LKM berhentikan pekerja, mahu kerajaan campur tangan

Bernama
Bernama
24/07/2017
08:39 MYT
Cuepacs pertikai LKM berhentikan pekerja, mahu kerajaan campur tangan
Tindakan drastik LKM memberhentikan 281 warga kerjanya tidak masuk akal kerana rata-rata mereka adalah pekerja berkemahiran dalam bidang masing-masing.
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini mempertikaikan tindakan Lembaga Koko Malaysia (LKM) memberhentikan hampir separuh daripada pekerjanya serta meminta kerajaan campur tangan.
Pengerusinya Datuk Azih Muda berkata tindakan drastik LKM yang mempunyai 730 warga kerja memberhentikan 281 daripadanya tidak masuk akal kerana rata-rata mereka adalah pekerja berkemahiran dalam bidang masing-masing.
"Walaupun mereka adalah pekerja sementara dan bukan berstatus tetap selama ini, tindakan ini kami tidak boleh terima. Ada antara mereka sudah berkhidmat di LKM selama 17 tahun dan secara tiba-tiba menerima notis pemberhentian. Ini tidak masuk akal.
"Oleh itu, kami minta kerajaan campur tangan khususnya Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan menteri berkenaan supaya kesemua pekerja terlibat terus kekal berkhidmat dan memberi satu produktiviti kepada agensi itu dan negara," katanya di sini hari ini.
Beliau bertemu pemberita selepas mengadakan perjumpaan bersama kakitangan LKM dari Sabah dan Sarawak yang menerima notis pemberhentian itu.
Menurut Azih notis pemberhentian itu melibatkan pekerja sementara LKM di seluruh negara dan berkuat kuasa 13 Ogos ini.
Cuepacs turut meminta kerajaan negeri membantu pekerja terlibat dengan menempatkan mereka di agensi kerajaan yang bersesuaian dengan kelayakan masing-masing.
Azih berkata daripada 281 pekerja yang bakal diberhentikan, 122 adalah pekerja agensi itu di Semenanjung; 111 di Sabah dan 48 di Sarawak yang masing-masing terdiri daripada penolong pegawai penyelidik serta pembantu pentadbiran di pejabat, ladang dan kilang LKM.
Daripada 281 pekerja itu, 94 orang ditawarkan semula sebagai pekerja sambilan harian selama tiga bulan dengan gaji RM54 sehari, katanya.
Beliau berkata Cuepacs juga akan menghantar surat kepada LKM bagi menuntut penjelasan berhubung tindakan agensi itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azih Muda
#cuepacs
#Lembaga Koko Malaysia
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan