MALAYSIA

CUEPACS tetap mahu gaji minimum RM1,200 untuk penjawat awam

Astro Awani 18/02/2014 | 01:25 MYT
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam, CUEPACS, sekali lagi mengulangi cadangan supaya kerajaan menaikkan kadar gaji minimum penjawat awam kepada seribu dua ratus ringgit.

Presidennya, Azih Muda berkata, berdasarkan analisis CUEPACS, kos sara hidup yang semakin meningkat memberi tekanan kepada penjawat awam khususnya yang tinggal di bandar besar.

#Azih Muda #cuepacs #penjawat awam