awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuepacs yakin semua negeri sedia selaras kenaikan gaji penjawat awam ikut Persekutuan

Bernama
Bernama
12/05/2024
10:49 MYT
Cuepacs yakin semua negeri sedia selaras kenaikan gaji penjawat awam ikut Persekutuan
Adnan ditemui media semasa menghadiri majlis Hari Penjawat Awam Terengganu dan Majlis Santunan Budi Cuepacs di Tok Jiring, hari ini. – Foto Bernama
KUALA NERUS: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), yakin semua kerajaan negeri bersedia melaksanakan pelarasan gaji penjawat awam mereka, selaras keputusan kerajaan Persekutuan berhubung pelaksanaan Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang baharu dijangka berkuat kuasa Disember ini.
Presidennya Datuk Adnan Mat berkata setakat ini, beberapa negeri termasuk Pulau Pinang, Perak, Selangor, Sabah dan Sarawak, memberi maklum balas positif dan menyatakan kesediaan untuk mengikut langkah kerajaan menaikkan gaji penjawat awam seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 1 Mei.
Beliau berkata sebahagian negeri lagi masih mengambil pendekatan tunggu dan lihat untuk mengkaji perincian kenaikan gaji, sebelum keputusan akhir dapat dibuat.
"Sejarah menunjukkan dari tahun 2000... kenaikan gaji tidak ada rekod satu negeri yang menolak. Mereka hanya menunggu perkara-perkara (perincian kenaikan gaji) dimuktamadkan oleh Persekutuan dan akan disambut baik oleh semua kerajaan negeri.
"Mereka bukan tidak menyambut baik, tetapi soal ini masih awal untuk dibahaskan," katanya ketika ditemui pada Majlis Santunan Budi Aidilfitri Madani CuepacsTerengganu di Dewan Tok Jiring di sini hari ini.
Pada 1 Mei, Perdana Menteri mengumumkan SSPA yang baharu akan membabitkan kenaikan gaji lebih 13 peratus bermula 1 Dis tahun ini.
Adnan berkata beliau percaya kerajaan negeri akan mengambil satu pandangan dan menyambut baik pelaksanaan SSPA yang baharu, bagi memastikan kebajikan penjawat awam terbela selain mengelakkan wujudnya jurang yang tidak saksama.
Beliau berkata hal ini terbukti apabila sebelum ini, kerajaan negeri menunjukkan kerjasama baik terhadap ketetapan kerajaan Persekutuan dalam soal pemberian bonus dan bantuan khas Aidilfitri.
"Demi kebaikan dan kebajikan penjawat awam negeri, tidak boleh dalam peringkat ini ada dua tiga kluster perkhidmatan. Perkhidmatan yang sama, jawatan sama tetapi gaji berbeza," katanya.
Dalam pada itu, Adnan berkata Cuepacs turut berharap kerajaan Persekutuan mengambil kira kenaikan kadar pencen pesara, bagi memastikan kebajikan mereka turut terbela.
Beliau berkata walaupun kadar kenaikannya tidak sama, langkah itu perlu dilaksanakan memandangkan peningkatan kos sara hidup ketika ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cuepacs
#penjawat awam
#penyelarasan gaji
#Skim Saraan Perkhidmatan Awam
#Adnan Mat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan