awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

“Cukuplah jadi penonton!" - Mohamad Sabu ajak sertai himpunan solidariti rakyat Palestin

Bernama
Bernama
21/03/2025
08:45 MYT
“Cukuplah jadi penonton!" - Mohamad Sabu ajak sertai himpunan solidariti rakyat Palestin
Mereka yang ingin menyertai himpunan berkenaan boleh berkumpul di Masjid Tabung Haji selepas solat Jumaat sebelum bergerak ke Kedutaan AS. - Foto FB Mohamad Sabu
KUALA LUMPUR: Orang ramai diajak menyertai himpunan solidariti untuk rakyat Palestin di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac ini bagi menyatakan bantahan atas serangan udara Israel di Semenanjung Gaza sejak Selasa lepas.

Ringkasan AI
  • Orang ramai diajak menyertai himpunan solidariti untuk rakyat Palestin di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac bagi membantah serangan udara Israel di Semenanjung Gaza.
  • Datuk Seri Mohamad Sabu mengajak peserta berkumpul di Masjid Tabung Haji selepas solat Jumaat sebelum bergerak ke Kedutaan Amerika Syarikat.
  • Serangan udara Israel sejak Selasa telah menyebabkan hampir 50,000 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 112,000 cedera, kebanyakan wanita dan kanak-kanak.

Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu berkata mereka yang ingin menyertai himpunan berkenaan boleh berkumpul di Masjid Tabung Haji selepas solat Jumaat sebelum bergerak ke Kedutaan Amerika Syarikat di sini.
"Biar dunia tahu, rakyat Malaysia tidak duduk diam!
"Kita bukan sekadar mengecam Zionis Israel. Kita juga nak nyatakan kekecewaan dan marah kepada negara-negara Arab yang membiarkan saudara sesama Islam kita di Palestin terus ditindas," kata beliau yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menerusi kenyataan di laman Facebook.
Tentera Israel melancarkan serangan udara mengejut ke atas Semenanjung Gaza pada Selasa, menghancurkan gencatan senjata dan perjanjian pertukaran tahanan yang berkuat kuasa pada Januari.
Hampir 50,000 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakan wanita dan kanak-kanak manakala lebih 112,000 yang lain cedera dalam kempen ketenteraan Israel di Gaza sejak Oktober 2023.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#himpunan solidariti rakyat Palestin
#Mohamad Sabu
#serangan Israel
#Kedutaan Amerika Syarikat
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan