KUALA LUMPUR: Lima lelaki dipenjara seumur hidup dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah menculik seorang pengurup wang bagi mendapatkan wang tebusan RM3 juta, enam tahun lepas.
Hakim Datuk Akhtar Tahir menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap T. Shasitaran, 38, A. Ashokan, 39, Mohd Sultan Ahmad Kabir, 43, Ong San Chia, 37, dan Yeoh Shyh Ming, 33, di akhir kes pembelaan.
Mahkamah memerintahkan setiap tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 2 dan 3 Oktober 2016. Mereka dihantar ke Penjara Pulau Pinang untuk menjalani hukuman penjara.
Sebelum ini, kes itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi George Town di hadapan Hakim Akhtar, namun keputusan disampaikan oleh hakim tersebut di Mahkamah Tinggi di sini selepas beliau dipindahkan ke mahkamah itu.
Dalam penghakimannya, Hakim Akhtar berkata terdapat bukti menunjukkan mangsa diculik di hadapan rumahnya dan kesemua tertuduh menuntut wang tebusan.
Katanya, mahkamah mendapati kesemua tertuduh telah berbohong ketika memberikan keterangan bela diri bahawa mangsa tersalah mengenal pasti mereka yang menculiknya.
"Satu-satunya perkara yang perlu dipertimbangkan ialah niat untuk menculik dan mengurung mangsa, adakah untuk mengutip hutang, seperti yang dikatakan oleh kesemua tertuduh?
"Namun, mahkamah mendapati pembelaan kesemua tertuduh tidak logik dan difikirkan semula kerana mereka berada di penjara bersama-sama dan mempunyai masa mencukupi untuk mengemukakan cerita sama," kata hakim itu dan menambah keterangan mangsa bahawa mereka menculiknya adalah benar.
Bagaimanapun, Hakim Akhtar berkata mangsa, yang menghidap penyakit diabetes hanya cedera pada ibu jarinya selepas tangannya digari dan mahkamah mendapati tiada keganasan melampau berlaku dalam kes itu.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melarikan secara salah dan menahan lelaki itu bagi mendapatkan wang tebusan sebanyak RM3 juta di tepi Jalan Rumbia berdekatan Kristal Garden, Bayan Lepas, kira-kira 10.30 pagi, 28 September 2016.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup atau sebatan.
Pada 1 Mac lepas, Mahkamah Tinggi George Town memerintahkan kesemua tertuduh membela diri terhadap pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kelima-lima lelaki itu.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muna Mohamed Jaafar berkata mitigasi kesemua tertuduh adalah bersifat peribadi semata-mata dan mahkamah perlu mengambil kira perbuatan mereka dalam menjatuhkan hukuman.
"Dinyatakan dalam Akta Penculikan, hukuman bagi kesalahan menculik adalah hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sekiranya tidak dihukum dengan hukuman mati, boleh dikenakan sebatan.
"Ketika kejadian, mangsa berumur 66 tahun dan lelaki itu ditahan beberapa hari dengan tangannya bergari dan mata ditutup sebelum polis menemukannya," katanya dan menambah pihak pendakwaan menyerahkan kepada budi bicara mahkamah dalam menjatuhkan hukuman.
Peguam yang mewakili tertuduh memohon anak guam mereka tidak dikenakan hukuman mati sebaliknya penjara seumur hidup dengan alasan mereka menanggung keluarga.
Dalam prosiding itu, Shasitaran diwakili peguam K. Thangesvaran, Ashokan diwakili Chew Anthony, Muhamad Sultan diwakili Dev Chander manakala Ong dan Yeoh diwakili Ravi Chandran.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 28 2022
Mahkamah memerintahkan setiap tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 2 dan 3 Oktober 2016.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Kongres Khas PKR lulus pindaan perlembagaan parti dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
SAPP keluar, PN Sabah lemah
Pada PRN Sabah 2018, PN memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo sendiri.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Culik pengurup wang: Lima lelaki dipenjara seumur hidup dan 10 sebatan
Mahkamah memerintahkan setiap tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 2 dan 3 Oktober 2016.