KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat sekiranya wujud penglibatan agensi perisikan luar berhubung kes penculikan warga Palestin.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata pihaknya juga belum dapat mengesahkan penglibatan agensi luar dalam kes penculikan itu seperti yang didakwa sebuah akhbar tempatan semalam.
"Saya tidak boleh beritahu sama ada Mossad terlibat atau tidak kerana siasatan masih berterusan dan polis juga tidak pasti dari mana akhbar berkenaan memperoleh sumber sedemikian.
"Laporan akhbar berkenaan telah menimbulkan spekulasi dan mengganggu siasatan polis berhubung perkara ini," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Rapid KL Safety Point di Stesen MRT Kampung Batu, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris yang melaporkan agensi perisikan Israel, Mossad merupakan dalang yang mengupah warga tempatan untuk menculik seorang warga Palestin, Omar Z. M. Albelbaisy Raeda.
Azmi berkata polis akan memanggil wakil dari akhbar berkenaan untuk diambil keterangan pada hari ini bagi membantu siasatan.
"Saya berharap rakan media memberi kerjasama dalam menyampaikan maklumat. Jika sesuatu perkara itu boleh diberitahu, saya pasti akan maklumkan pada semua," katanya.
Semalam, media melaporkan Kementerian Dalam Negeri sedang membuat penelitian berhubung dakwaan penglibatan ejen perisikan Israel, Mossad dalam insiden penculikan seorang warga Palestin.
Pada 5 Okt lepas, media melaporkan polis menyelamatkan mangsa berumur 31 tahun itu sehari selepas dia diculik oleh individu yang menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire.
Mangsa diselamatkan selepas polis menahan 18 individu dalam operasi berasingan di Kuala Langat, Ampang dan Beranang di Selangor serta di Melaka bermula 29 Sept hingga 4 Okt.
Pada Jumaat lepas, 11 individu termasuk seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan menculik Omar bagi mendapatkan maklumat berkaitan perisian yang digunakan untuk menggodam telefon bimbit.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 19 2022

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim bercakap pada sidang media selepas Majlis Perasmian Projek Perintis Rapid KL Safety Point di Stesen MRT Kampung Batu hari ini. - FotoB ERNAMA

Pantau Kerajaan Baharu: Kaji selidik mega 100 hari Kerajaan Perpaduan
Menjelang 100 hari Kerajaan Perpaduan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, lima media arus perdana negara bergabung bagi melaksanakan kaji selidik mega bermula hari ini.

Russia's rescue crews in Syria pulling people alive from quake-hit buildings
Russian military personnel and Syrian civilians pulling man from collapsed house in Aleppo. Russian Emergencies Ministry team rescuing man in Jableh. Russian military delivering humanitarian aid to residents of Aleppo province.

AWANI Ringkas: KKM akan bentang kertas putih perolehan vaksin - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Penempatan haram: Pemilik tanah perlu bertanggungjawab - MB
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan pemilik tanah persendirian perlu bertanggungjawab dan mengambil perhatian dengan perkara yang berlaku di kawasan masing-masing.

PRN: Proses pembahagian kerusi BN-PH akan temui kegagalan, 'perceraian' - Sanusi
Sanusi harap 'perceraian BN-PH' dengan 'talak' tiga, dua atau satu segera berlaku.

PRN: Jawatankuasa Pilihan Raya perlu perinci dasar kerjasama politik - Aminuddin
Aminuddin mencadangkan supaya Jawatankuasa Pilihan Raya yang ditubuhkan Sekretariat Kerajaan Perpaduan memperincikan dasar kerjasama politik yang diinginkan untuk PRN tahun ini.

Belanjawan 2023: PM Anwar beri bayangan jumlah peruntukan dikurangkan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak boleh bertahan dengan defisit yang tinggi dan mesti berusaha untuk mengurangkan hutangnya.

Pantau Kerajaan Baharu | Harga barang turun, pendapatan rakyat naik?

Pemilihan UMNO: Saya pemimpin kecil, cukup 'main' di Perak sahaja - Saarani
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengesahkan dirinya tidak akan bertanding bagi merebut mana-mana jawatan tertinggi di Pusat pada Pemilihan UMNO 2023.

Selatan Thailand | Lawatan Anwar beri momentum kepada rundingan damai
Lawatan rasmi sulung Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat mampu membawa perubahan positif dalam rundingan damai selatan Thailand. Penolong Dekan Kolej Islam Antarabangsa Universiti Krirk, Dr Bandit Aroman berpendapat pengaruh perdana menteri di negara itu mampu pemangkin bagi mempercepatkan rundingan damai.

Dua lagi lelaki didakwa culik warga Palestin
Dua lagi individu didakwa di mahkamah atas pertuduhan menculik seorang lelaki warga Palestin bagi mendapatkan maklumat berkaitan perisian.

Selesaikan kes culik warga Palestin dalam tempoh 48 jam bukti ketangkasan PDRM - Hamzah
Kejayaan PDRM menyelesaikan kes penculikan seorang lelaki warga Palestin dalam tempoh 48 jam, memperlihatkan kesiapsiagaan pasukan keselamatan itu dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara.

Dakwaan ejen Mossad: Ambil tindakan tegas, segera demi keselamatan negara
Kerajaan perlu mengambil tindakan yang tegas dan segera dalam isu merekrut ejen Mossad di Malaysia kerana dikhuatiri menggugat keselamatan negara pada masa akan datang.

Culik warga Palestin: Polis siasat jika ada penglibatan agensi perisikan luar
Polis sedang menyiasat sekiranya wujud penglibatan agensi perisikan luar berhubung kes penculikan warga Palestin.