awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kotak hitam nahas pesawat yang ragut nyawa jeneral Libya akan dihantar ke Jerman
Lebih banyak tangkapan dalam skandal pertaruhan bola sepak di Turkiye - Laporan
AS percaya normalisasi hubungan Rusia-Eropah boleh dicapai melalui ekonomi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Curi barang peralatan pertukangan, dua lelaki ditahan

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
17/06/2021
23:35 MYT
Curi barang peralatan pertukangan, dua lelaki ditahan
Polis menunjukkan peralatan pertukangan yang dicuri suspek ketika sidang media pada Khamis. - Astro AWANI
DUNGUN: Dua lelaki yang aktif dalam kegiatan pecah masuk premis menjual peralatan pertukangan dan mencuri kenderaan berjaya diberkas bersama barang rampasan yang dianggarkan bernilai RM70,000.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata kedua-dua suspek dikesan selepas menerima dua laporan pecah masuk kedai pada Mei lalu.
Katanya pihaknya berjaya menahan suspek pertama yang berusia 38 tahun di Kampung Teluk Lipat pada 10 Jun lalu manakala rakannya diberkas dua hari kemudian di Bandar Dungun.
Menurut Baharudin, menerusi penahanan itu pihaknya berjaya menemui pelbagai peralatan pertukangan serta tiga buah kereta Proton Waja yang dilaporkan hilang dan digunakan suspek untuk melakukan jenayah tersebut.
"Kita percaya mereka ini belum sempat lagi menjual barang curi ini.
"Kita percaya juga mereka ini akan jual dengan harga yang lebih murah," katanya.
Baharudin berkata, hasil pemeriksaan mendapati kesemua kenderaan yang dicuri suspek dilaporkan hilang di Jalan Yahaya Ahmad, Taman Mermint dan berhampiran Sekolah Menengah Tengku Intan Zaharah di Bandar Dungun.
Jelasnya hasil semakan rekod lampau mendapati salah seorang suspek mempunyai 11 rekod bersabit kes jenayah dan dadah manakala suspek berusia 26 tahun itu mempunyai beberapa rekod jenayah dadah.
Katanya hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine.
Kedua-dua suspek disiasat mengikut seksyen 379a dan 457 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#pecah masuk
#curi
#peralatan pertukangan
#kereta
#Dungun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan