awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Kes 1MDB: Najib didapati bersalah atas semua 25 pertuduhan babitkan dana RM2.3 bilion
Kedutaan nasihatkan rakyat Malaysia elak kawasan sempadan
Konflik Ukraine-Rusia: Zelensky kata akan bertemu Trump dalam masa terdekat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Curi batu delima bernilai lebih RM1 juta, lima remaja direman

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
23/05/2019
08:18 MYT
Curi batu delima bernilai lebih RM1 juta, lima remaja direman
Kelima-lima remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun termasuk tiga pelajar maahad tahfiz itu ditahan reman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan. - Astro AWANI
Misteri kehilangan dua biji batu delima yang dianggarkan bernilai lebih RM1 juta yang diletakkan di dalam sebuah peti besi di sebuah maahad tahfiz akhirnya terungkai selepas polis menahan lima remaja lelaki.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, seorang pelajar ditahan di sekolah terbabit manakala dua lagi di luar kawasan sekolah.
Remaja keempat dikenal pasti sebagai bekas pelajar maahad tahfiz sama, sementara seorang lagi ahli kumpulan berkenaan adalah rakan mereka.
Kejadian pada 19 Mei itu disedari warden asrama apabila ternampak bilik pejabat dalam maahad itu telah dipecah masuk.
Sebaik melakukan pemeriksaan didapati peti besi seberat 200 kilogram itu telah tiada di dalam bilik berkenaan.
Siasatan dalaman yang dilakukan pihak pengurusan warden mendapati kejadian berlaku lebih kurang jam 2 pagi, dan pelajar terlibat dipercayai telah membuka pintu pejabat dan membawa keluar peti besi itu.
Hasil siasatan ke atas pelajar berkenaan, empat individu telah ditahan sementara peti besi itu, yang telah dibuang ke dalam sungai jarak kira-kira 500 meter dari maahad tersebut, telah ditemui semula.
Setelah peti besi itu dibawa naik, polis mendapati terdapat kesan pintu peti besi telah diumpil dan barang dalam peti itu telah tiada.
Peti besi terbabit menyimpan batu permata seperti zamrud, delima, arked, kain miswah Kaabah, keris kecil dan wang syiling, yang merupakan harta peninggalan pengasas maahad tahfiz berkenaan.
Kelima-lima remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun termasuk tiga pelajar maahad tahfiz itu ditahan reman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#curi batu delima
#Kanun Keseksaan
#lima remaja direman
#Maahad Tahfiz
#remaja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan