awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Curi coklat, pengawal keselamatan dipenjara sehari dan didenda RM1,000

Bernama
Bernama
28/12/2016
10:02 MYT
Curi coklat, pengawal keselamatan dipenjara sehari dan didenda RM1,000
Seorang pengawal keselamatan dipenjara sehari dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencuri 26 keping coklat, dua hari lepas. -Gambar hiasan
Seorang pengawal keselamatan dipenjara sehari dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencuri 26 keping coklat, dua hari lepas.
Majistret Mahyudin Mohmad Som memerintahkan Mohd Firdaus Abdul Munap, 22, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 26 Dis lepas dan dipenjara sebulan lagi jika gagal membayar denda tersebut.
Tertuduh didakwa mencuri coklat yang kesemuanya bernilai RM313.69 milik Pasaraya Giant di Sungei Wang, Jalan Bukit Bintang, di sini, pada 11.30 pagi, 26 Dis lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda.
Mohd Firdaus juga didenda RM300 bagi kesalahan gagal menunjukkan kad pengenalan atau sebarang dokumen sementara di tempat, masa dan tarikh sama.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon hukuman setimpal bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia baru bekerja. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#26 keping coklat
#denda RM1000
#Mahyudin Mohmad Som
#pengawal keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan