SHAH ALAM: Seorang lelaki yang tular mencuri sebuah kereta jenis Honda City Hatchback di premis cuci kenderaan minggu lalu, dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.
Mohd Syazrul Yahya, 27, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret, Sasha Diana Sabtu.
Mahkamah memerintahkan lelaki itu dipenjara bermula tarikh tangkap, Khamis lalu.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat telah mencuri kereta milik seorang wanita berusia 51 tahun itu, di sebuah pusat cuci kenderaan di Jalan Lengkuas, Seksyen 16 di sini pada jam jam 8 malam, 20 November lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Marcus Low yang mewakili tertuduh, merayu anak guamnya dikenakan hukuman penjara yang minimum kerana perlu menyara bapa berusia 62 tahun.
“Tertuduh juga kesal dan insaf akan kesalahan yang telah dilakukan,” kata peguam itu.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Annur Athirah Amran mencadangkan, tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial, lelaki itu dilihat bersalaman dengan pekerja premis, sebelum melarikan kenderaan tersebut.
Suspek kemudiannya berjaya ditahan polis di Pokok Sena, Kedah pada jam 6.10 pagi, minggu lalu.
Menurut polis, siasatan mendapati mangsa menyerahkan kunci keretanya kepada suspek kerana menyangka dia pekerja premis berkenaan.
Katanya, hasil ujian saringan air kencing mendapati, suspek positif dadah jenis methamphetamine. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Nov 28 2023
![Curi Honda City di pusat cuci kenderaan, lelaki dipenjara setahun Curi Honda City di pusat cuci kenderaan, lelaki dipenjara setahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51701160611_TBHondajpg.jpg)
Tangkap layar CCTV memaparkan kereta Honda City Hatchback sebelum dilarikan pada Isnin sebelum berjaya ditahan di Kedah pada Khamis.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
Waspada penipuan pakej haji, elak langgar fatwa
Pada musim haji akan datang, rakyat Malaysia dinasihatkan tidak tertipu dengan kuota yang diberikan selain pengendali tunggal di Malaysia oleh tabung haji.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
'UMNO perlu guna media sosial dekati pengundi PRU16'
Itu tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, langkah itu perlu kerana kaedah lama sudah tidak relevan dan gerak kerja jentera UMNO perlu mengikut kesesuaian serta keperluan semasa supaya lebih berkesan.
![Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722053039_tbSitiZaharahSulai.jpg)
Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman
Beberapa pemimpin kerajaan dan parti hari ini merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman.
Bekas Menteri, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia
Sebagaimana dimaklumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran Datuk Seri Shahaniza Samsuddin di Facebooknya, bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
MCPF tidak setuju SUHAKAM bantah hukuman mati penuntut UPNM
Hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atas kesalahan membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain adalah setimpal.
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berpandangan hukuman yang dikenakan tujuh tahun lalu sebagai tepat, selain tidak bersetuju dengan bantahan yang dibuat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berpandangan hukuman yang dikenakan tujuh tahun lalu sebagai tepat, selain tidak bersetuju dengan bantahan yang dibuat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
Johor hasrat lancarkan sekolah rintis mulai tahun depan
Kerajaan negeri Johor berhasrat melancarkan sekolah rintis negeri itu bermula tahun depan bagi mencorakkan masa depan pendidikan Bangsa Johor yang lebih maju dan berdaya saing.
AWANI Ringkas: Sekolah rintis tumpu STEM tahun depan di Johor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Dua kanak-kanak perempuan dilarikan lelaki ditemui selamat Dua kanak-kanak perempuan dilarikan lelaki ditemui selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721449668_hilang.jpg)
Dua kanak-kanak perempuan dilarikan lelaki ditemui selamat
Dua kanak-kanak perempuan berusia enam dan lapan tahun yang dilaporkan hilang ditemui dalam keadaan selamat selepas dipercayai dilarikan seorang lelaki di Jeram.
![Cubaan curi kereta gagal, suspek ditahan pemilik selepas kereta terjatuh sungai Cubaan curi kereta gagal, suspek ditahan pemilik selepas kereta terjatuh sungai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61649247488_TBGARI.jpg)
Cubaan curi kereta gagal, suspek ditahan pemilik selepas kereta terjatuh sungai
Suspek yang juga penganggur itu memiliki satu rekod jenayah dan dua rekod dadah.
![Penganggur dengan 15 rekod jenayah ditahan lagi pecah rumah, curi kereta Penganggur dengan 15 rekod jenayah ditahan lagi pecah rumah, curi kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705545944_TBPenganggurjpg.jpg)
Penganggur dengan 15 rekod jenayah ditahan lagi pecah rumah, curi kereta
Hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine dan Amphethamine (AMP).
![Curi Honda City di pusat cuci kenderaan, lelaki dipenjara setahun Curi Honda City di pusat cuci kenderaan, lelaki dipenjara setahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51701160611_TBHondajpg.jpg)
Curi Honda City di pusat cuci kenderaan, lelaki dipenjara setahun
Seorang lelaki yang tular mencuri sebuah kereta jenis Honda City Hatchback di premis cuci kenderaan minggu lalu, dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.
![Tiga kereta mewah dianggar bernilai RM940,000 dicuri Tiga kereta mewah dianggar bernilai RM940,000 dicuri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81667153301_PDRM.jpg)
Tiga kereta mewah dianggar bernilai RM940,000 dicuri
Tiga kenderaan mewah dianggarkan bernilai kira-kira RM940,000 dilarikan daripada sebuah bengkel di Jalan Damansara, Kampung Bukit Lanjan.
![Geng Fendy curi kenderaan tumpas Geng Fendy curi kenderaan tumpas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61629078541_GengFendycurikend.jpg)
Geng Fendy curi kenderaan tumpas
Kegiatan jenayah Geng Fendy yang mencuri kereta berjaya ditumpaskan polis dalam dua serbuan berasingan pada Sabtu.
![Polis tumpaskan sindiket kereta klon bernilai RM3.5 juta Polis tumpaskan sindiket kereta klon bernilai RM3.5 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81614929627_GENGZULKLONKERETA.jpg)
Polis tumpaskan sindiket kereta klon bernilai RM3.5 juta
Ia susulan penangkapan ke atas enam lelaki warga tempatan berusia antara 22 hingga 42 tahun dalam beberapa siri serbuan pada 2 Februari lepas.
![Tiga lelaki ditahan, polis rampas kenderaan curi bernilai RM300,000 Tiga lelaki ditahan, polis rampas kenderaan curi bernilai RM300,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/81593962320_handcuff.jpg)
Tiga lelaki ditahan, polis rampas kenderaan curi bernilai RM300,000
Ketiga-tiga suspek warga tempatan yang berusia 22 hingga 30 tahun itu ditahan dalam keadaan mencurigakan dalam sebuah kereta pada kira-kira 8.30 malam.
![Dua lelaki cuba curi kenderaan, terbabas ke dalam longkang ketika cuba lari di Batu Pahat Dua lelaki cuba curi kenderaan, terbabas ke dalam longkang ketika cuba lari di Batu Pahat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/81591435233_TiadaMajlisPerka.jpg)
Dua lelaki cuba curi kenderaan, terbabas ke dalam longkang ketika cuba lari di Batu Pahat
Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang itu, kedua-dua suspek cuba mencuri sebuah kereta di hadapan sebuah kompleks beli-belah.
![Lima ahli curi kereta 'Geng Aho' tumpas Lima ahli curi kereta 'Geng Aho' tumpas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/61435017728_Gari.jpg)
Lima ahli curi kereta 'Geng Aho' tumpas
Geng Aho yang aktif mencuri kereta sejak Mac lalu tumpas selepas lima ahli kumpulan itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di Bentong dan Kajang.