MALAYSIA
Curi kabel rel: Ini amaran, jangan sampai nyawa tergadai - Loke
Loke ketika sidang media selepas pelancaran Penjejak Penjimatan Pas My50 serta kemudahan pembelian Pas Rapid Kota dan Pas Rapid Kembara secara digital melalui aplikasi Touch n Go di Stesen LRT Ampang Park hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Jenayah mencuri kabel rel dilakukan di kawasan landasan dengan aliran elektrik tinggi, bermakna sangat berisiko untuk kemalangan jiwa berlaku, namun ancaman ini diketepikan demi meraih wang haram.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihak kerajaan tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku insiden renjatan elektrik melibatkan pencuri kabel di infrastruktur landasan yang diwartakan kawasan larangan.
“Kalau mereka (pencuri kabel) tidak bernasib baik, mereka akan kena renjatan elektrik. Ini adalah amaran kepada semua pencuri yang mungkin sebahagian daripada sindiket.
“Kita tahu harga tembaga sekarang mahal, jadi aktiviti pencurian kabel ini kami jangkakan akan semakin aktif.
“Oleh itu. saya nak ingatkan mereka semua, jangan sebab nak mengejar hasil ini, sampai sanggup pertaruhkan nyawa,” ujar Anthony dalam satu sidang media semasa pelancaran Sesi Pengenalan Penjejak Penjimatan My50 dan pendigitalan Pas Rapid Kota serta Rapid Kembara, di sini, pada Khamis.
Selain itu, Anthony berkata kementeriannya menerusi pihak pengendali lokomotif akan mempertimbang penggunaan bahan tertentu atau reka bentuk rel yang khusus bagi mengekang kes kecurian kabel.
“Pihak pengendali akan melihat semula jenis bahan dan reka bentuk yang sesuai untuk melindungi kabel rel ini, tetapi ia bukanlah sesuatu yang mudah.
“Kebanyakan infrastruktur lokomotif kita sudah dipasang bertahun-tahun dahulu, jadi untuk mengubahnya kembali memerlukan kos besar.
“Pendekatan yang lebih efisien ketika ini adalah penguatkuasaan oleh pihak berkuasa seperti polis, supaya mesej jelas dikeluarkan untuk membanteras kegiatan berkenaan,” kata Anthony.
Dalam perkembangan sama, Kementerian Pengangkutan menyambut baik desakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution untuk meminda hukuman bagi kesalahan kecurian kabel di bawah Kanun Keseksaan.
“Sebelum ini, kes kecurian kabel dilihat sebagai kesalahan kecil, bayar denda RM1,000 dan RM2,000 sudah boleh bebas. Oleh itu, hukumannya perlu lebih keras.
“Insiden kecurian kabel adalah satu bentuk sabotaj yang menjejaskan ketenteraman awam termasuk kerugian kepada pihak pengurusan, bukan jenayah kecurian biasa. Jadi MOT sangat mengalu-alukan cadangan ini,” jelas Loke lagi.