PETALING JAYA: Dua individu dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kenderaan mewah sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur sejak awal tahun ini akhirnya diberkas polis pada 17 Jun.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, siasatan dijalankan mendapati kedua individu itu akan menyasarkan kawasan perumahan elit yang sunyi untuk memecah masuk rumah sebelum mencuri kenderaan mewah milik mangsa.
"Siasatan awal mendapati kegiatan ini berlaku sejak awal tahun ini, di mana kedua suspek dipercayai terlibat dalam beberapa siri kecurian kenderaan mewah sekitar kawasan ini.
"Kedua suspek dipercayai akan berurusan dengan pembeli di Johor terlebih dahulu sebelum membawa kenderaan mewah yang dicuri di sini ke Johor," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media yang dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada Khamis.
Katanya, kedua suspek berjaya diberkas di Muar, Johor pada 17 Jun lalu kira-kira jam 2 pagi.
"Serbuan yang dijalankan di sebuah premis kediaman telah berjaya memberkas dua individu berumur 20-an dan 40-an.
"Selain itu, serbuan turut berjaya merampas dua buah kenderaan mewah jenis Mercedes dan Proton X70 selain pelbagai peralatan dipercayai hasil kegiatan jenayah yang dilakukan," katanya.
Menurutnya, semakan rekod dijalankan mendapati kedua suspek mempunyai pelbagai rekod lampau bersabit jenayah dan dadah.
"Tangkapan kedua suspek sekali gus berjaya menyelesaikan kes kecurian kenderaan dan pecah rumah di sekitar Petaling Jaya.
"Kes disiasat dibawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jun 23 2022
Mohamad Fakhrudin (dua dari kanan) menunjukkan antara kenderaan mewah yang dirampas dalam serbuan dan tangkapan ke atas dua suspek di Muar, Johor pada 17 Jun lalu. -Foto Sinar Harian
PM Mustafa bentuk kabinet baharu Palestin
Kabinet baharu itu menjadikan gencatan senjata serta-merta dan pengunduran Israel dari Gaza sebagai keutamaan.
Tokoh Wartawan Negara, Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia
Ahmad Rejal, 84, merupakan bekas Ketua Pengarang Bernama dan bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian.
97 peratus api berjaya dipadam di tapak pelupusan sampah Kayu Madang
Secara keseluruhan 97.25 peratus daripada 45.7 hektar kawasan yang terbakar meliputi tempat pembuangan tayar terpakai sudah dipadamkan.
16 kereta, tiga rumah rosak ditimpa pokok akibat hujan lebat di KL
Dalam semua kejadian berkenaan tiada mangsa dilaporkan cedera.
Tragedi Easter: 45 maut, bas terbabas, terbakar
Kesemua yang meninggal dunia itu dilaporkan dalam perjalanan menuju perhimpunan Easter.
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Bankman dituduh mencuri AS$8 bilion daripada pelanggan dan pelabur syarikat pertukaran mata wang kripto FTX yang kini telah muflis.
Melaka sasar nilai pelaburan RM10 bilion, fokus 10 sektor
Kerajaan negeri berada di landasan terbaik dengan sasaran nilai pelaburan RM10 bilion, apabila meletakkan 10 sektor industri sebagai fokus utama pada tahun ini.
Sabah akan pelbagaikan sumber ekonomi - Ketua Menteri
Sabah tidak boleh hanya bergantung kepada dagangan sumber sedia ada terutama kelapa sawit, minyak dan gas dalam membangunkan ekonomi negeri.
Sarawak perkasa industri hiliran untuk hasilkan produk kayu bernilai tinggi
Kerajaan Sarawak akan terus memperkasakan industri hiliran seperti penghasilan biojisim bagi meningkatkan lagi pengeluaran produk kayu nilai tambah tinggi.
Duta, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia perlu mahir pelaburan, perdagangan
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mahu perwakilan ke luar negara iaitu Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mahir dalam aspek perdagangan bagi membawa masuk pelaburan ke dalam negara.
Wanita tertinggal anak dua tahun dalam kereta dituduh di mahkamah esok
Suspek akan dituduh di bawah Seksyen 3 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Polis sahkan video tular kejar suspek hingga ke Cyberjaya
Menurut polis, insiden kejar-mengejar yang berlaku dari Petaling Jaya sehingga ke Cyberjaya juga melibatkan penahanan suspek.
Lelaki terjatuh dari tingkat 29 bangunan putus kepala
Polis mendapati mangsa dalam keadaan terbaring di bahagian tepi blok bangunan dalam keadaan kepala terputus daripada badan.
Bekas pemain bola kebangsaan didakwa cederakan kekasih
Bekas pemain bola sepak itu ditahan di sebuah hotel bagi membantu siasatan berhubung kes terbabit.
Kes curi kenderaan di Petaling Jaya meningkat sebanyak 20.7 peratus
Sebanyak 82 kes kehilangan kenderaan dicatatkan bagi tempoh Januari hingga Februari tahun ini berbanding 65 kes tempoh yang sama tahun lepas.
Polis siasat pembakaran terbuka di Balai Polis Bandar Utama
IPD Petaling Jaya tidak pernah membenarkan sebarang aktiviti pembakaran terbuka di mana-mana premis atau tempat pada bila-bila masa sekalipun.
Budak keluar kepala di 'sunroof', polis cari pemandu X70
Polis Daerah Petaling Jaya mengesan rakaman video berdurasi sembilan saat yang dimuat naik di akaun Twitter pada jam 12.15 tengah malam.
Kenyataan jelik: Polis rekod keterangan penghantar makanan
Siasatan sedang dijalankan untuk dilengkapkan sebelum diserahkan kepada pihak timbalan pendakwa raya.
Budak 9 tahun antara 52 penunggang basikal lajak ditahan
Ibu bapa diingatkan agar sentiasa mengawasi anak-anak mereka supaya tidak terlibat dalam aktiviti menyalahi undang-undang.
Lelaki maki hamun penguat kuasa wanita ditahan
Suspek ditahan di sekitar Seksyen 7 oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah pada jam 5 petang Selasa.