Cuti Aidiladha: Trafik di PLUS, LPT bergerak perlahan, kesesakan menghala Gombak

Ridauddin Daud
Julai 11, 2022 10:14 MYT
Ciapan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) menunjukkan beberapa kawasan di lebuh raya tersebut mula sesak dengan kenderaan. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
GOMBAK: Beberapa lebuh raya utama negara terutamanya dari Pantai Timur, Utara dan Selatan mula dipenuhi kenderaan warga kota yang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas meraikan cuti Aidiladha di destinasi masing-masing.
Beberapa lebuh raya utama negara terutamanya dari Pantai Timur, Utara dan Selatan mula dipenuhi kenderaan warga kota yang mula pulang ke Kuala Lumpur sejak pagi tadi.
Ciapan daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menunjukkan sejak jam 11.30 pagi, trafik mula bergerak perlahan susulan pertambahan jumlah kenderaan di lebuh raya.
Setakat jam 3.48 petang tadi, trafik dari arah selatan tanah air bergerak perlahan dari arah Layby Pedas Linggi (S) ke persimpangan Port Dickson, Simpang Ampat ke Layby Pedas Linggi (S) dan dari Restoran Jejantas Ayer Keroh ke Simpang Ampat.
Bagi arah dari Utara pula, setakat jam 5.32 petang, trafik bergerak perlahan dari Ipoh Utara ke Layby Simpang Pulai dan dari Gopeng ke Tapah.
Trafik juga bergerak perlahan dari kawasan Rehat dan Rawat Tapah ke Sungkai, dari Tanjung Malim ke Lembah Beringin dan Lembah Beringin ke Sungai Buaya.
Cerita Sebalik Berita: Aliran trafik terkini menuju ke ibu negara
Sementara itu, trafik juga dilaporkan bergerak perlahan dari persimpangan Karak ke Lentang dan dari Batu 12 Gombak ke Plaza Tol Gombak.
Ciapan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) juga menunjukkan beberapa kawasan di lebuh raya tersebut mula sesak dengan kenderaan malah ada yang bergerak perlahan sejauh kira-kira 23 kilometer.

6.00pm KL-Karak@E8: Trafik sesak/perlahan : - 16.8Km dari Km 76.6-Km 59.8 (Karak-Bentong) - 4.5KM dari Km 58.8-Km 54.3 (Bentong-Lentang) - 1.4 dari Km 50.6-Km 49.2 (Lentang-Bkt Tinggi) ** berikutan pertambahan kenderaan menghala ke KL.@LLMinfotrafik

— GMBK-KARAK-KTN-JABOR (@LPTTrafik) July 11, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Setakat jam 6.00 petang, trafik sesak atau perlahan sejauh 16.8 kilometer dari Karak ke Bentong, perlahan dari Bentong ke Lentang sejauh 4.5 kilometer, selain pergerakan perlahan di Lentang ke Bukit Tinggi sejauh 1.4 kilometer.
Tinjauan Astro AWANI di Plaza Tol Gombak juga mendapati semakin banyak kenderaan dilihat mula memasuki Kuala Lumpur menerusi plaza tol berkenaan.
Keadaan dijangka bertambah sesak bermula malam ini dengan lebih banyak kenderaan dari Kelantan, Pahang dan Terengganu dijangka menuju ke ibu negara.
#Aidiladha #jalan sesak #LPT #LLM