Kerajaan menetapkan dua fasa dalam usaha melaksanakan dasar pemberian cuti bersalin selama 90 hari untuk sektor swasta.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Muttalib, berkata fasa pertama yang akan dijalankan secepat mungkin itu adalah menerusi penggalakkan kepada majikan untuk memberi cuti bersalin tersebut.
"Fasa pertama adalah dengan mengalakkan majikan untuk memberi cuti bersalin selama 90 hari kepada pekerja swasta terutama dalam syarikat GLC di mana dalam tempoh ini, sesi libat urus akan diadakan untuk mendapatkan maklumbalas daripada pihak berkepentingan.
"Sementara, fasa kedua pula akan memfokuskan dengan pindaan atas peruntukan Seksyen 37 Akta Kerja 1955, Seksyen 83 Ordinan Buruh Sabah Bab 67 dan Seksyen 84 Ordinan Buruh Sarawak Bab 76 bagi mewajibkan cuti 90 hari dilaksanakan," katanya di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR-Kuala Langat) yang meminta perincian kerajaan dalam mempercepatkan pelaksanaan peningkatan tempoh cuti bersalin dari 60 kepada 90 hari untuk sektor swasta.
Jelas Ismail, peruntukan undang-undang sedia ada tidak menghalang mana-mana majikan untuk memberi cuti dan elaun bersalin lebih baik kepada pekerja.
Ujarnya, perlindungan lebih baik boleh dipertimbangkan antara persatuan sekerja dengan majikan untuk dimasukkan dalam Perjanjian Bersama (CA) masing-masing.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Nov 29 2017
Kerajaan tetapkan dua fasa untuk laksana cuti bersalin 90 hari bagi sektor swasta. - Gambar fail
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
Keputusan kelulusan cuti bersalin 60 hari tidak langgar peraturan - KPPA
Keputusan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat memberikan kelulusan cuti bersalin sebanyak 60 hari kepada pegawai perubatan PKD, adalah tidak melanggar peraturan cuti bersalin yang ditetapkan.
Cuti bersalin 98 hari berkuat kuasa 1 Jan 2023
Antara pindaan itu ialah waktu bekerja daripada 48 jam kepada 45 jam seminggu, cuti bersalin menjadi 98 hari dan cuti paterniti tujuh hari.
Jakim berunding dengan MOF isu tangguh cuti bersalin elaun penuh
Hakimah berkata, pihaknya juga sedang menjustifikasikan langkah yang dibuat untuk pertimbangan semula pihak Kementerian berkenaan.
Dewan Negara lulus Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2021 berkaitan cuti bersalin
Rang undang-undang itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim setelah dibahas 17 senator.
Guru Kafa dapat cuti bersalin elaun penuh mulai 1 Jan - Jakim
Kemudahan cuti bersalin dengan elaun penuh selama 60 hari diberi kepada guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) berkuat kuasa 1 Jan lepas.
Kadar gaji minimum dikaji semula agar kekal relevan - Muhyiddin
Kerajaan sedang menambah baik dan meminda undang-undang berkaitan perburuhan, seperti Akta Kerja 1955, dengan meluaskan skop pemakaian kepada semua pekerja dalam sektor swasta tanpa mengira had gaji.
Dewan Negara lulus RUU Perbekalan 2020
Rang Undang-undang berkenaan diluluskan sebulat suara anggota Dewan Negara selepas dibahaskan selama empat hari bermula 9 Dis, sebelum digulung oleh setiap kementerian selama dua hari.
MEF hanya setuju tiga hari cuti bersalin - Shamsuddin Bardan
Persetujuan cuti tiga hari itu juga adalah atas prinsip kos pembiayaan cuti pekerja terlibat tidak ditanggung sepenuhnya oleh majikan.
Kedah kaji kesesuaian cadangan cuti bersalin 90 hari
Kerajaan Kedah akan melakukan kajian bagi melihat kesesuaian pelaksanaan cadangan cuti bersalin selama 90 hari kepada pekerja wanita di peringkat negeri ini sebelum melaksanakannya.
Cuti 90 hari: Masa bersama ibu, bayi amat penting - TPM
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan masa bersama termasuk tempoh proses penyusuan amat penting kepada ibu dan bayi.