[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
NATIONAL

Cuti khas: Tarikh ujian subjek Ulum Syari'ah UPKK dipinda

Sinar Harian 25/11/2022 | 07:14 MYT
Tarikh Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi subjek Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah) yang sepatutnya berlangsung pada Isnin depan dipinda.- Gambar hiasan/BERNAMA
SHAH ALAM: Tarikh Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi subjek Ulum Syari’ah (Aqidah dan Ibadah) yang sepatutnya berlangsung pada Isnin depan dipinda kepada 5 Disember depan.
Ia susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengisytiharkan 28 November sebagai cuti khas.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerusi kenyataannya pada Jumaat memaklumkan, jabatan itu prihatin dengan keputusan yang telah ditetapkan.
"Kami menghargai komitmen semua pihak dalam melaksanakan UPKK Tahun 2022," katanya. -- Sinar Harian
#cuti khas #Ujian Penilaian Kelas Kafa #Anwar Ibrahim #PM10