awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UMNO bukan 'pak turut', kerjasama politik tidak bermaksud lemah - Noraini
Athlete Centre pertama di MSN siap beroperasi Februari ini - Dr Taufiq Johari
Kajian keperluan UPSR, PT3 dijangka siap tahun ini - Fadhlina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuti pegawai, anggota Polis Selangor dibeku sempena Deepavali, Sidang Kemuncak ASEAN

Asyraf Malik
Asyraf Malik
16/10/2025
08:00 MYT
Cuti pegawai, anggota Polis Selangor dibeku sempena Deepavali, Sidang Kemuncak ASEAN
Datuk Shazeli Kahar ketika Program Walkabout bersama Usahawan Little India sempena sambutan Deepavali di Jalan Tengku Kelana, Khamis. -Gambar/ Astro AWANI/ Shahir Omar
KLANG: Polis Selangor membekukan semua cuti anggota sempena perayaan Deepavali dan persiapan menghadapi Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada 26 hingga 28 Oktober bagi memastikan tahap keselamatan dan kawalan jenayah berada pada tahap optimum.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, langkah itu dibuat memandangkan cuti perayaan yang panjang serta keperluan penugasan tambahan untuk sidang kemuncak berkenaan.
Menurut beliau, kekuatan anggota sedia ada mencukupi untuk menampung pelaksanaan operasi, rondaan dan penugasan khas di seluruh negeri.
“Keputusan ini diambil kerana kita ada musim perayaan Deepavali dan juga untuk melaksanakan tugas sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 selepas itu,” katanya dalam sidang media selepas Program Walkabout bersama Usahawan Little India sempena sambutan Deepavali di Jalan Tengku Kelana, Khamis.
Shazeli memaklumkan penugasan penuh akan bermula antara 18 hingga 30 Oktober, melibatkan lebih 15,000 pegawai dan anggota polis Selangor.
Beliau turut memberi jaminan bahawa rondaan di kawasan tumpuan, titik panas jenayah dan lokasi tumpuan orang ramai akan ditingkatkan sepanjang tempoh cuti.
Katanya, tindakan proaktif itu penting untuk mengekang jenayah seperti pecah masuk rumah, ragut dan kecurian kenderaan yang lazim meningkat ketika cuti panjang.
Shazeli juga mengingatkan masyarakat agar bekerjasama dengan pihak polis supaya menyalurkan maklumat, melaporkan aktiviti mencurigakan dan menggunakan saluran disediakan seperti talian hotline dan aplikasi rondaan komuniti.
Topic Berkaitan
#Sidang Kemuncak ASEAN ke-47
#Deepavali
#Datuk Shazeli Kahar
#Polis Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan