MALAYSIA
Cuti sekolah : AKPS ambil langkah proaktif tangani kesesakan di ICQS Rantau Panjang
Peningkatan jumlah kenderaan dan pejalan kaki di ICQS Rantau Panjang menyebabkan aliran trafik perlahan, namun kaunter pemeriksaan pasport beroperasi lancar. - Gambar fail/Bernama
PASIR MAS: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) mengambil langkah proaktif bagi memastikan kelancaran pergerakan keluar masuk di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang sempena cuti persekolahan.
Ringkasan AI
Timbalan Komander AKPS Rantau Panjang Bakri Sulaiman berkata jumlah kenderaan di laluan utama menuju ICQS Rantau Panjang meningkat, khususnya dari 9 pagi hingga 2 petang.
Beliau berkata bagi mengurangkan kesesakan AKPS bersama-sama agensi berkaitan menambah petugas di kaunter pemeriksaan dan mengaktifkan pelan pengurusan trafik di kawasan sekitar pintu sempadan supaya proses pemeriksaan lebih lancar.
"Saya menasihatkan orang ramai merancang perjalanan lebih awal, memastikan dokumen perjalanan lengkap dan sah serta sentiasa mematuhi arahan petugas keselamatan bagi mengelakkan kelewatan," katanya kepada Bernama.
Bakri juga meminta orang ramai bersabar memandangkan peningkatan pergerakan dijangka berterusan dalam tempoh terdekat.
Sementara itu, tinjauan di ICQS Rantau Panjang mendapati jumlah kenderaan dan pejalan kaki meningkat menyebabkan aliran trafik perlahan di laluan utama ke kawasan pemeriksaan dengan petugas keselamatan ditempatkan di persimpangan dan laluan masuk untuk melancarkan pergerakan.
Kaunter pemeriksaan pasport beroperasi lancar dan sistematik bagi mempercepat proses keluar masuk, dan walaupun barisan panjang, pergerakan pengguna masih terkawal.
Pengunjung Mohd Zulfaizan Jaafar, 35, berkata membuat perancangan awal dengan rakan termasuk menempah penginapan berhampiran bagi mengelakkan kesulitan ketika melalui pemeriksaan di pintu sempadan.
Perancangan itu membolehkan mereka mengurus perjalanan lebih teratur walaupun perlu berdepan peningkatan pengguna di kawasan itu.
Lee Chong Chong, 45, berkata walaupun barisan kenderaan menunggu giliran panjang namun kehadiran petugas tambahan di kaunter pemeriksaan serta pengurusan trafik yang sistematik membantu melancarkan pergerakan keluar masuk sempadan.
Lee berkata arahan jelas petugas keselamatan turut memudahkan pengguna memahami laluan perlu dilalui sekali gus mengurangkan kekeliruan dan kelewatan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- AKPS Rantau Panjang mengambil langkah proaktif untuk memastikan kelancaran pergerakan di pintu sempadan sempena cuti persekolahan dengan menambah petugas di kaunter pemeriksaan.
- Peningkatan jumlah kenderaan dan pejalan kaki di ICQS Rantau Panjang menyebabkan aliran trafik perlahan, namun kaunter pemeriksaan pasport beroperasi lancar.
- Pengunjung dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal, memastikan dokumen perjalanan lengkap, dan sentiasa mematuhi arahan petugas keselamatan bagi mengelakkan kelewatan.