awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuti sekolah: Trafik sesak, 32,000 kenderaan masuk Port Dickson

Sinar Harian
Sinar Harian
05/06/2022
21:00 MYT
Cuti sekolah: Trafik sesak, 32,000 kenderaan masuk Port Dickson
Kenderaan yang masuk ke Port Dickson pada hujung minggu boleh mencecah 32,000 kenderaan. - Foto BERNAMA
PORT DICKSON: Aliran trafik di daerah ini sesak sejak Jumaat lepas berikutan pertambahan kenderaan sempena cuti persekolahan.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, kenderaan yang masuk ke daerah ini pada hujung minggu boleh mencecah 32,000 kenderaan.
"Antara punca lain kesesakan lalu lintas yang dikenal pasti adalah terdapat ekspo di Dataran Telok Kemang. Kenderaan keluar masuk di lokasi tersebut selain aktiviti pantai yang kekurangan kawasan parkir mendorong pengunjung meletak kenderaan di bahu jalan.
"Bagaimanapun, pihak polis tidak membuat lencongan di sepanjang jalan pantai memandangkan bentuk jalan yang sehala dan laluan selorong serta tiada jalan alternatif," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Bagaimanapun beliau berkata, terdapat jalan alternatif di laluan Bypass Pasir Panjang untuk kenderaan menghala ke Telok Kemang.
"Polis trafik dengan kekuatan 15 pegawai dan anggota ditugaskan di lampu isyarat 'hotspot' iaitu di Sua Betong dan Sirusa.
"Selain itu, polis dari Unit Polis Pelancong seramai 19 orang turut ditugaskan untuk melakukan rondaan dan pantauan di kawasan-kawasan tumpuan," katanya.
Sehubungan itu, Aidi Sham menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Artikel asal di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#cuti sekolah
#Port Dickson
#trafik sesak
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan