JAKARTA: Pemerintahan Indonesia mengumumkan permulaan cuti umum sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula 19 April dan berakhir pada 25 April.
Umat Islam di negara itu dijangka meraikan hari kebesaran umat Islam selepas sebulan berpuasa pada 22 April.
Perubahan itu dibuat kerajaan pimpinan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) untuk memberi peluang kepada rakyat negara itu mengambil cuti lebih awal serta memudahkan pergerakan mereka balik kampung atau disebut mudik lebaran.
Dianggarkan sebanyak 123 juta rakyat Indonesia akan pulang ke kampung halaman mereka tahun ini untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Balik kampung atau mudik lebaran merupakan hal yang sangat penting untuk rakyat Indonesia khususnya buat mereka yang berhijrah ke kota-kota besar untuk mencari rezeki.
Ini kerana, sebilangan besar daripada perantau hanya berkemampuan pulang ke kampung halaman untuk bertemu keluarga sekali setahun iaitu pada Hari Raya Aidilfitri.
Setiap tahun juga, jutaan manusia akan mudik lebaran sama ada menggunakan pengangkutan awam atau kenderaan sendiri.
Agensi
Thu Mar 30 2023
Dianggarkan sebanyak 123 juta rakyat Indonesia akan pulang ke kampung halaman mereka tahun ini untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. - Gambar fail BERNAMA
Mohd Ali junjung kasih kepada Sultan Ibrahim atas perkenan pelantikan YDP Melaka
Tun Mohd Ali Rustam menjunjung kasih dan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong atas perkenan melantik beliau sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka.
Keputusan biopsi kedua adik Fatimah, 'The Family UK' diketahui 10 hingga 14 hari
Keputusan biopsi kedua Fatimah Omar Mukhlis kanak-kanak cilik yang pernah tular kerana kepetahannya bercakap dalam loghat Kelantan walaupun membesar di United Kingdom, akan diketahui dalam tempoh sepuluh hingga 14 hari lagi.
Kerajaan tidak lanjutkan tempoh kemasukan pekerja asing - Saifuddin
Kerajaan tidak bercadang untuk melanjutkan tempoh kemasukan pekerja asing ke negara ini menerusi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0.
Enjin terbakar, pesawat kargo terpaksa mendarat cemas
Sebuah pesawat kargo melakukan pendaratan cemas pada pagi Selasa beberapa saat selepas berlepas dari lapangan terbang Narita, Tokyo berikutan laporan kebakaran pada satu daripada enjinnya.
AWANI Ringkas: Pekerja Bangladesh terlepas tempoh akhir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kelantan ucap terima kasih, hargai pemberian geran tahunan Kerajaan Persekutuan - MB
Kerajaan Kelantan ucap terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan khususnya kepada Perdana Menteri atas pemberian pelbagai geran tahunan.
Gaduh di Cameron Highlands: Polis cari suspek dikenali sebagai 'Deni'
Polis sedang mengesan suspek dikenali sebagai 'Deni' bagi membantu siasatan kes pergaduhan tiga lelaki warga Indonesia di Cameron Highlands.
Fitnah Clare cemar nama baik Sultanah Terengganu
Tindakan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown memfitnah dalam buku The Sarawak Report-The Inside Story of 1MDB Expose mencemarkan nama baik Sultanah Terengganu.
Senator AS Bernie Sanders tidak akan hadir ucapan Netanyahu di Kongres
Senator Amerika Syarikat Bernie Sanders mengulangi bahawa beliau tidak akan menghadiri ucapan oleh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada sesi bersama Kongres.
Lebih banyak FamilyMart akan dibuka di Pantai Timur
QL Resourses (QL) menyasar untuk membuka antara 60 hingga 90 cawangan baharu FamilyMart menjelang akhir tahun kewangan 2025, dengan memberi tumpuan kepada wilayah Pantai Timur.
Adab di pagi 1 Syawal
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin...
Teh panas jadi hidangan tradisi selepas Tarawih di Pakistan
Tradisi berkumpul untuk "chai dan gup shup" bukan sahaja terhad di Quetta tetapi kelaziman di kebanyakan bandar utama di Pakistan.
Ramadan dan Syawal menggamit rindu perantau
Bulan Ramadan di perantauan mempunyai cabaran tersendiri terutamanya perlu berpuasa untuk tempoh yang panjang.
Empat beranak tinggal dalam bangsal, tiada persiapan Aidilfitri
Sebelum ini mereka sekeluarga menyewa di Seberang Perai Utara, namun disebabkan masalah kewangan, mereka tidak dapat melunaskan sewa rumah.
Agong berkenan menerima menghadap, berbuka puasa bersama PM
Mesyuarat yang bermula pada 6 petang itu berlangsung selama kira-kira sejam, sebelum disusuli dengan majlis berbuka puasa.
Baju raya mahal: Keperluan atau kehendak nafsu?
Murah tidak semestinya tidak berkualiti dan mahal tidak semestinya berkualiti tinggi.
Kuota internet tambahan percuma sempena Aidilfitri
Pengguna pakej prabayar akan menikmati kuota Internet tambahan percuma dan pulangan tunai sempena Aidilfitri bagi tempoh tertentu hingga 31 Mei ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Aidilfitri: Lebih 3 juta kenderaan dijangka masuk Perak
Lebih tiga juta kenderaan dijangka memasuki Perak melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) menjelang sambutan Aidilfitri.
Jordan Mintah bawa anak yatim beli baju raya
Perbezaan agama tidak jadi halangan bagi pemain bola sepak Terengganu FC (TFC), Jordan Mintah untuk membantu kanak-kanak yang kurang berkemampuan membuat persiapan hari raya.
PDRM beri diskaun khas semua saman, hanya bayar RM50 - PM Anwar
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan Kadar Khas Bayaran Saman yang hanya berjumlah RM50 bagi semua saman trafik, bermula 21 April sehingga 21 Mei 2023.