awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cyberjaya jadi tuan rumah kepada Pusat Transparensi Kaspersky

Bernama
Bernama
15/08/2019
13:38 MYT
Cyberjaya jadi tuan rumah kepada Pusat Transparensi Kaspersky
Perkongsian CyberSecurity dengan Kaspersky akan tertumpu kepada teknologi pengesanan ancaman dan menangani serangan perisian berbahaya.
Cyberjaya Malaysia telah dipilih untuk menjadi lokasi kepada Pusat Transparensi Kaspersky yang pertama di rantau Asia Pasifik dan ketiga di dunia.
Pembukaan pusat itu dibuat dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia, sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta pakar-pakar keselamatan siber kebangsaan.
Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab pada majlis pelancaran pusat itu berkata, perkongsian CyberSecurity dengan Kaspersky akan tertumpu kepada teknologi pengesanan ancaman dan menangani serangan perisian berbahaya.
"Pusat itu akan menangani peningkatan permintaan daripada rakan-rakan kongsi Kaspersky dan pihak yang berkepentingan daripada kerajaan untuk maklumat lanjut tentang bagaimana produk-produk dan teknologinya berfungsi," katanya lagi.
Memandangkan landskap ancaman yang terus berkembang di Malaysia dan di rantau ini, CyberSecurity Malaysia percaya adalah penting bagi syarikat swasta seperti Kaspersky dan agensi kerajaan untuk membina kepercayaan dan saling bekerjasama.
Kaspersky dalam satu kenyataan yang diedarkan pada majlis pelancaran itu tadi berkata sama seperti kemudahan yang ada di Zurich dan Madrid, Pusat Transparensi Malaysia akan menjadi satu fasiliti yang boleh dipercayai untuk rakan kongsi syarikat dan pemegang berkepentingan kerajaan untuk datang dan membuat pemeriksaan kod sumber melalui penyelesaian Kaspersky.
"Pusat baharu itu juga akan berfungsi sebagai pusat taklimat di mana pelanggan akan dapat mengetahui lebih lanjut mengenai kejuruteraan dan amalan-amalan pemprosesan data Kaspersky," menurut kenyataan itu sambil menambah bahawa pusat itu akan dibuka untuk pengunjung pertamanya pada awal tahun depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#amirudin abdul wahab
#Asia Pasifik
#Cyberjaya
#cybersecurity
#karspersky
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan