awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cybersecurity Malaysia meterai MoU dengan CTM360 perangi ancaman siber

Bernama
Bernama
26/02/2024
15:45 MYT
Cybersecurity Malaysia meterai MoU dengan CTM360 perangi ancaman siber
CyberSecurity Malaysia menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan CTM360 W.L.L untuk memerangi ancaman siber di Malaysia.
BARCELONA: CyberSecurity Malaysia (CSM) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan CTM360 W.L.L, firma keselamatan siber terkemuka yang pakar dalam menguruskan ancaman merentas surface web, deep web dan dark web, untuk memerangi ancaman siber di Malaysia.
MoU itu dimeterai oleh Ketua Pegawai Eksekutif CSM Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab dan Ketua Pegawai Eksekutif CTM360 Mirza Asrar Baig dengan disaksikan oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil pada Mobile World Congress (MWC) 2024 di Fira Gran Via di sini pada Isnin.
Kerjasama itu bertujuan mewujudkan kerangka kerjasama dalam keselamatan siber, mengukuhkan perkongsian strategik yang memberi tumpuan kepada kolaborasi jangka panjang, terutamanya dalam menggalakkan kerjasama awam - swasta.
Ia juga menggariskan komitmen bersama dalam memerangi musuh siber yang semakin berkembang dengan memanfaatkan kepakaran, sumber dan keupayaan inovatif kedua-dua organisasi.
MoU itu menetapkan objektif utama termasuk pertukaran maklumat keselamatan siber, menggalakkan kerjasama dua hala, perkongsian pengetahuan melalui penglibatan pakar, latihan bersama, seminar dan melaksanakan langkah yang saling menguntungkan.
Mengenai kerjasama itu, Amiruddin berkata ia mencerminkan keazamaan bersama kedua-dua pihak untuk mengatasi landskap risiko dalam talian yang sentiasa berubah, menyatukan kepakaran untuk memperkukuh pertahanan siber Malaysia.
"CTM360 memainkan peranan penting kerana mereka pakar dalam mengurus dan bertindak balas terhadap risiko pada surface, deep dan dark web.
"Pengalaman mereka akan berguna dalam mengenal pasti dan mengurangkan kemungkinan ancaman terhadap ekosistem digital Malaysia," katanya kepada Bernama selepas majlis penandatangan itu.
Menurut perjanjian berkenaan, lima bidang utama kerjasama bertujuan mengurangkan ancaman siber termasuk menubuhkan platform bersama untuk menawarkan kepakaran, membangunkan model kematangan berasaskan risiko selaras dengan keselamatan siber negara, melaksanakan program pembangunan kapasiti, memudah cara pertukaran maklumat keselamatan siber dan mengadakan projek bersama bagi memajukan keselamatan siber negara.
Terdahulu, Fahmi melancarkan Pavilion Malaysia pada MWC 2024, perhimpunan tahunan terbesar dalam industri telekomunikasi yang dianjurkan Groupe Speciale Mobile Association (GSMA).
Kongres empat hari itu bermula Isnin dan dijangka mengumpulkan lebih 100,000 pemain industri telekomunikasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CyberSecurity Malaysia
#CTM360
#Memorandum Persefahaman
#ancaman siber
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan