awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CyberSecurity manfaatkan RM60 juta perkukuh ekosistem keselamatan siber

Bernama
Bernama
14/10/2023
07:21 MYT
CyberSecurity manfaatkan RM60 juta perkukuh ekosistem keselamatan siber
CyberSecurity Malaysia mahu memperkuatkan keupayaan teknikal, menjalankan penyelidikan, memperkasa inisiatif dan program keselamatan siber bersifat preventif, proaktif, dan responsif. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: CyberSecurity Malaysia akan memanfaatkan sepenuhnya peruntukan sebanyak RM60 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2024 untuk mengukuhkan ekosistem keselamatan siber negara.
Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia Datuk Amirudin Abdul Wahab berkata peruntukan tersebut bakal digunakan untuk melaksanakan Pembangunan Rangka Kerja Pengujian Keselamatan Siber 5G serta Kepakaran Tempatan Terhadap Teknologi 5G yang merangkumi skop perkakasan, peralatan, aplikasi dan ekosistem teknologi termaju.
Sebagai pusat pakar dan agensi teknikal, CyberSecurity Malaysia akan memanfaatkan sepenuhnya peruntukan berkenaan untuk memperkuatkan keupayaan teknikal, menjalankan penyelidikan, memperkasa inisiatif dan program keselamatan siber bersifat preventif, proaktif, dan responsif melalui projek yang dikenal pasti, katanya.
"Peruntukan berkenaan mencerminkan keseriusan kerajaan dalam memperkukuhkan sistem pertahanan negara daripada ancaman dan serangan siber, serta memastikan bahawa rakyat sentiasa berada di hadapan untuk melindungi infrastruktur dan maklumat penting demi keselamatan dan kesejahteraan negara, selain mengukuhkan kelestarian bidang keselamatan siber," katanya dalam kenyataan hari ini.
Amirudin berkata inisiatif berkenaan dijangka memberi manfaat kepada lebih 120 organisasi terdiri daripada pihak kerajaan, industri, akademik, dan penyedia perkhidmatan mudah alih, serta 800 profesional keselamatan siber yang telah menjalani latihan dalam perkhidmatan pengujian keselamatan 5G.
-- BERNAMA
Apa anda dapat dari Belanjawan 2024? Klik sini untuk liputan penuh di sini
Topic Berkaitan
#cybersecurity
#Belanjawan 2024
#keselamatan siber
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan