Seorang ibu warga Iran dan anaknya ditahan oleh pegawai kastam dan sejumlah dadah syabu seberat 6.76kg bernilai RM1.28 juta dirampas dalam dua buah bagasi di Terminal Utama, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Kedua-dua suspek berumur 46 dan 25 itu ditahan Jumaat lalu ketika baru sahaja tiba dari Tehran dan melalui beberapa transit di Abu Dhabi, Lahore dan Bangkok.
Pengarah Kastam KLIA, Badaruddin Mohamed Rafik berkata tangkapan dilakukan pada jam 9.15 malam ketika mereka cuba melepasi kawalan kastam.
“Pegawai kastam yang bertugas ternampak mereka dalam keadaan yang mencurigakan ketika melalui kawalan kastam dan ketika pemeriksaan dilakukan terhadap dua buah bagasi yang dibawa, mereka menjumpai dua bungkusan besar dipercayai dadah syabu yang disorokkan di satu ruangan yang diubahsuai di bahagian bawah bagasi yang dibawa itu,” kata Badaruddin.
Siasatan kastam mendapati, kedua-dua suspek ini menjalankan perniagaan salun kecantikan di negara asal mereka dan telah tiga kali memasuki negara Malaysia sejak 2011.
Kedua-dua suspek telah direman selama tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.
Dalam tempoh dari awal Januari hingga 20 Februari tahun ini, pihak kastam telah berjaya menumpaskan sembilan kes cubaan penyeludupan dadah di KLIA yang melibatkan rampasan dadah sebanyak 42.23 kg bernilai RM8.2 juta.
Dari sembilan kes tersebut, lapan ‘keldai’ dadah, iaitu empat lelaki dan empat wanita berjaya ditahan melibatkan warganegara Iran seramai tiga orang, Indonesia pula dua orang dan masing-masing seorang dari Thailand, India and Nigeria.
Rampasan tertinggi dalam tempoh tersebut dilakukan pada pertengahan Januari dengan rampasan seberat 9.25 kg.