Polis mengesahkan terdapat satu rampasan dadah bernilai jutaan ringgit dalam satu serbuan di sebuah premis di Pusat Perdagangan Alam Jaya di Puncak Alam, Kuala Selangor dekat sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Md Asri A Wahab berkata rampasan berkenaan dijalankan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
"Rampasan dan siasatan dijalankan oleh JKDM, oleh itu kami hanya mengesahkan ada satu laporan polis di Balai Polis Jeram, Kuala Selangor dibuat berhubung rampasan ini," katanya dalam kenyataan di sini.
Difahamkan menerusi serbuan itu, JKDM telah menemui 11 guni putih mengandungi serbuk putih disyaki dadah jenis ketamin seberat 500 kilogram (kg) di premis berkenaan.
Turut dirampas dalam serbuan itu ialah 23,230 ketulan mampat mengandungi serbuk putih disyaki dadah jenis kokain dengan berat dianggarkan mencecah 3,230kg.
Kesemua rampasan itu dianggarkan bernilai kira-kira RM676 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 19 2019

JKDM telah menemui 11 guni putih mengandungi serbuk putih disyaki dadah jenis ketamin seberat 500 kilogram (kg) di premis berkenaan. - Foto PDRM/JKDM

COVID-19: Thailand pertama kali lulus vaksin keluaran AstraZeneca
Vaksin keluaran AstraZeneca dari Itali itu diluluskan pada Rabu dan lesen import dan pendaftaran vaksin tersebut sah selama setahun.

AirAsia mahu kumpul RM454.51 juta melalui tawaran saham persendirian
Langkah itu akan mengukuhkan kedudukan kewangan syarikat penerbangan tambang rendah itu dengan sedikit kelebihan dalam aset bersih serta penggearan bersih.

Terbuka Thailand: V Shem-Wee Kiong mara ke suku akhir
Dua pemain profesional itu akan berdepan satu lagi pasangan negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada saingan suku akhir hari ini.

Kementerian Perpaduan Negara salur peruntukan RM1.55 juta bagi penyediaan PPE
Sehingga 4 Jan lepas, sebanyak 176,043 unit PPE disiapkan bagi kegunaan petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan.

Presiden baharu AS | Reaksi berbelah bahagi di Asia Barat
Ada yang sambut baik. Ada yang pesimistik. Itu reaksi yang peroleh di rantau Asia barat terhadap pelantikan Joe Biden sebagai presiden baharu Amerika Syarikat.

Pendidikan tinggi negara antara 100 terbaik dunia hasil sumbangan Profesor - MPN
Presiden Majlis Profesor Negara, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose menegaskan bahawa golongan Profesor yang terdiri daripada pensyarah antara tulang belakang kejayaan peningkatan Institusi Pendikan Tinggi Negara. Ujarnya, kejayaan julung kali itu membuktikan bahawa para akademik dan cendiakiawan negara bergelar Profesor amat berkualiti dan mampu memberi sumbangan kepada negara.

Misi mencari mangsa pesawat Sriwijaya Air dihentikan
Pihak berkuasa Indonesia menamatkan operasi mencari mangsa pesawat Sriwijaya Air yang terhempas awal bulan ini, pada Khamis.

Bangunan syarikat pengeluar vaksin terbesar dunia terbakar
Sebuah bangunan dalam pembinaan milik pengeluar vaksin terbesar dunia, Serum Institute of India musnah dalam kebakaran pada Khamis. Situasi itu berkemungkinan merencatkan usaha untuk meningkatkan pengeluaran vaksin COVID-19 yang dihasilkan syarikat itu.

Kesihatan global | WHO sambut baik penyertaan semula Amerika
Antara perintah pertama Joe Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat adalah untuk menyertai semula Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), selepas bekas Presiden Donald Trump umum Amerika menarik diri daripada pertubuhan itu tahun lalu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang Khamis
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Dadah bernilai RM676 juta dirampas di Puncak Alam
Polis mengesahkan terdapat satu rampasan dadah bernilai jutaan ringgit dalam satu serbuan di sebuah premis di Pusat Perdagangan Alam Jaya di Puncak Alam, Kuala Selangor dekat sini, hari ini.