MALAYSIA

Dadah lebih RM1.1 bilion dirampas, 20,540 suspek ditahan di KL

Sinar Harian 12/01/2026 | 06:25 MYT
Fadil (foto) berkata, seramai 20,540 suspek disyaki terbabit dalam kes berkenaan ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dalam tempoh sama. -Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Pelbagai jenis dadah seberat 1.08 juta kilogram dianggarkan melebihi RM1.10 bilion dirampas membabitkan 18,352 kes di ibu negara pada tahun lalu.


Ringkasan AI
  • 1.08 juta kilogram pelbagai jenis dadah bernilai melebihi RM1.10 bilion dirampas dalam 18,352 kes di Kuala Lumpur pada tahun lalu.
  • 20,540 suspek disyaki terlibat dalam kes dadah ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) sepanjang tempoh yang sama.
  • Tindakan tegas termasuk penahanan suspek, sitaan harta bernilai RM14 juta, dan pemusnahan dadah seberat 2,185kg dilakukan untuk membanteras aktiviti pengedaran dadah secara menyeluruh.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, seramai 20,540 suspek disyaki terbabit dalam kes berkenaan ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dalam tempoh sama.

“Berdasarkan statistik pelbagai jenis dadah dengan berat keseluruhan 1.08 juta kg dirampas dengan nilai dianggarkan melebihi RM1.10 bilion.

“Tindakan diambil adalah berlandaskan peruntukan undang-undang seperti Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Akta Dadah Berbahaya Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985 dan Pelucutan Hak 1988,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini pada Isnin.

Fadil berkata, tindakan tegas turut dikenakan ke atas 498 tangkapan penagih berulang di bawah Seksyen 39c ADB 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun dan tidak lebih tiga sebatan.

“Dalam usaha membanteras aktiviti pengedaran dadah secara total, 77 ahli sindiket diambil tindakan di bawah ADB LLPK 1985.

“Tindakan sitaan harta turut dikenakan dengan di bawah ADB Pelucutan Hak 1988 dengan nilai sitaan mencecah RM 14 juta membabitkan tanah, rumah, kenderaan, wang tunai dan barang kemas,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 24,149 barangan dadah seberat 2,185kg turut dilupuskan bernilai RM44 juta kes dari 2009 hingga 2024.

"Kita turut melupuskan 3,527 kertas siasatan membabitkan pelbagai kes narkotik sejak 1993 hingga 2016," katanya.

Menurutnya, JSJN akan terus memerangi dadah sebagai musuh nombor satu negara dan meminta orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan menerusi hotline JSJN Kuala Lumpur 012 208 7222. -Sinar Harian



Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapakah anggaran nilai dadah yang dirampas di ibu negara pada tahun lalu?
    A: Dadah seberat 1.08 juta kilogram dengan nilai melebihi RM1.10 bilion dirampas di ibu negara pada tahun lalu.
  • Q: Apa tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa berdasarkan statistik dadah yang dirampas?
    A: Tindakan diambil berlandaskan peruntukan undang-undang seperti Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Akta Dadah Berbahaya Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985, dan Pelucutan Hak 1988.
  • Q: Berapakah jumlah suspek yang disyaki terlibat dengan kes dadah yang dirampas?
    A: Seramai 20,540 suspek disyaki terbabit dalam kes dadah yang dirampas di ibu negara.
  • Q: Apakah nilai harta yang disita termasuk dalam tindakan membanteras aktiviti pengedaran dadah?
    A: Nilai sitaan harta mencecah RM14 juta yang termasuk tanah, rumah, kenderaan, wang tunai, dan barang kemas.
  • Q: Apakah nombor hotline yang boleh dihubungi untuk menyampaikan maklumat berkaitan dengan dadah?
    A: Orang ramai boleh menyalurkan maklumat berkaitan menerusi hotline JSJN Kuala Lumpur di 012 208 7222.



#Dadah #Fadil Marsus #sindiket