MALAYSIA
Daftar Pemilih Tambahan Ogos 2025 dibuka untuk semakan - SPR
Khairul Shahril berkata DPT BLN8/2025 mengandungi 55,047 nama warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 31 Ogos 2025 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Ogos Tahun 2025 (DPT BLN8/2025) boleh dibuat dalam tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 23 Okt depan, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Khairul Shahril Idrus.
Beliau berkata DPT BLN8/2025 yang diperaku dan diwartakan hari ini mengandungi 55,047 nama warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 31 Ogos 2025 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu.
Selain itu, Khairul Shahril berkata ia turut mengandungi 13,598 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 2,198 orang pemilih bertukar kategori pengundi atau status.
"SPR menyeru warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 31 Ogos 2025 dan mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran kategori pengundi atau status untuk menyemak nama mereka dalam DPT BLN8/2025," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata semakan boleh dibuat melalui portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my, portal rasmi Pejabat Pilihan Raya Negeri (http://ppn.spr.gov.my), aplikasi dalam talian (https://myspr.spr.gov.my), aplikasi mudah alih MySPR Semak dan talian 03-8892 7218.
Khairul Shahril berkata sekiranya pemilih mendapati nama tidak disenarai dalam DPT BLN8/2025, tuntutan boleh dibuat dengan mengisi Borang C manakala yang berhasrat membuat bantahan terhadap kemasukan nama mereka boleh mengisi Borang D.
Beliau berkata sebarang pertanyaan berkaitan semakan DPT BLN8/2025 boleh diajukan kepada SPR melalui portal rasmi atau menghubungi talian hotline SPR 03-8892 7218.
-- BERNAMA