[INFO BANJIR] Dapatkan info terkini cuaca dan banjir seluruh negara
MALAYSIA

Daftar Pemilih Tambahan Oktober 2025 dibuka untuk semakan - SPR

Bernama 24/11/2025 | 14:30 MYT
Khairul Shahril berkata sebarang pertanyaan berkaitan semakan DPT BLN10/2025 boleh diajukan kepada SPR melalui portal rasmi atau menghubungi talian hotline SPR 03-8892 7218. - Gambar fail/Astro AWANI
PUTRAJAYA: Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Oktober Tahun 2025 (DPT BLN10/2025) boleh dibuat dalam tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 23 Dis depan, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Khairul Shahril Idrus.


Ringkasan AI
  • Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Oktober Tahun 2025 (DPT BLN10/2025) dibuka selama 30 hari bermula hari ini hingga 23 Disember 2025, menurut Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus.
  • DPT BLN10/2025 mengandungi 40,911 nama warganegara berumur 18 tahun ke atas yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, serta 11,913 pemilih yang bertukar bahagian pilihan raya dan 1,170 pemilih bertukar kategori pengundi atau status.
  • Warganegara yang memenuhi kriteria dikehendaki menyemak nama mereka dalam DPT BLN10/2025 melalui pelbagai platform termasuk portal SPR, aplikasi dalam talian, dan talian hotline SPR, serta boleh membuat tuntutan atau bantahan dengan mengisi borang yang disediakan.


Beliau berkata DPT BLN10/2025 yang diperaku dan diwartakan hari ini mengandungi 40,911 nama warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 31 Okt 2025 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu.

Selain itu, ia turut mengandungi 11,913 pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 1,170 orang pemilih bertukar kategori pengundi atau status.

"SPR menyeru warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 31 Okt 2025 dan mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran kategori pengundi atau status untuk menyemak nama mereka dalam DPT BLN10/2025," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata semakan boleh dibuat melalui portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my, portal rasmi Pejabat Pilihan Raya Negeri (http://ppn.spr.gov.my), aplikasi dalam talian (https://myspr.spr.gov.my), aplikasi mudah alih MySPR Semak dan talian 03-8892 7218.

Khairul Shahril berkata sekiranya pemilih mendapati nama tidak disenarai dalam DPT BLN10/2025, tuntutan boleh dibuat dengan mengisi Borang C manakala yang berhasrat membuat bantahan terhadap kemasukan nama mereka boleh mengisi Borang D.

Beliau berkata sebarang pertanyaan berkaitan semakan DPT BLN10/2025 boleh diajukan kepada SPR melalui portal rasmi atau menghubungi talian hotline SPR 03-8892 7218.

-- BERNAMA



#pilihan raya negeri #Suruhanjaya Pilihan Raya #daftar pemilih #talian hotline