awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Daftar segera pusat jagaan bawah Akta 506 - Rina Harun

Bernama
Bernama
08/06/2021
20:50 MYT
Daftar segera pusat jagaan bawah Akta 506 - Rina Harun
Rina gesa semua pusat jagaan yang masih belum berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506) untuk berbuat demikian segera. -Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun menggesa semua pusat jagaan yang masih belum berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506) untuk berbuat demikian segera.
Beliau berkata ini penting bagi membolehkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memantau kualiti perkhidmatan, kebajikan, aspek keselamatan dan kesejahteraan penghuni pusat jagaan terjamin.
Di samping itu, pusat jagaan yang berdaftar akan sentiasa menerima khidmat nasihat daripada JKM dan agensi teknikal, di samping dapat menikmati insentif-insentif yang disediakan oleh kerajaan, katanya dalam kenyataan, malam tadi.
Gesaan itu dibuat beliau ekoran pengesanan satu kluster kumpulan berisiko tinggi iaitu Kluster Jalan Keranji melibatkan penghuni dan kakitangan sebuah pusat penjagaan warga emas di Johor, semalam yang didapati belum berdaftar di bawah Akta 506 dan masih lagi di peringkat kelulusan agensi teknikal.
Bagaimanapun susulan situasi di pusat jagaan berkenaan, Rina berkata pihaknya melalui JKM akan terus memantau bagi memastikan kebajikan dan kepentingan penghuni warga emas di pusat jagaan terbabit tidak terabai.
Beliau turut menyeru dan menasihatkan semua pusat jagaan mematuhi Garis Panduan Pencegahan Penularan Jangkitan Penyakit COVID-19 Di Pusat Jagaan Berdaftar (Berkediaman Dan Harian) dalam usaha mengekang penularan COVID-19.
"Pusat-pusat jagaan diarahkan mematuhi dan mempertingkat prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara untuk memastikan tiada lagi kluster baharu melibatkan pusat jagaan," katanya.
Sebarang pertanyaan berkenaan proses pendaftaran pusat jagaan, boleh dimajukan atau hadir di mana-mana pejabat JKM daerah berhampiran, atau menghubungi Talian Kasih 15999 dan talian WhatsApp 019 -2615999 yang beroperasi 24 jam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rina Harun
#Akta Pusat Jagaan 1993
#Akta 506
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
#jkm
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan