MALAYSIA
Dagangan sekuriti Destini berisiko digantung jika terus gagal kemuka laporan tahunan
Sekiranya Destini gagal mengemukakan laporan tersebut pada atau sebelum 7 Nov 2025, dagangan sekuriti syarikat akan digantung bermula 10 Nov 2025. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Destini Bhd berdepan kemungkinan dagangan sekuritinya digantung selepas gagal mengemukakan laporan tahunan, termasuk penyata kewangan beraudit dan laporan pengarah dan juruaudit bagi tempoh kewangan berakhir 30 Jun 2025 dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Ringkasan AI
Menurut Bursa Malaysia, laporan berkenaan yang sepatutnya dikemukakan pada 31 Okt 2025 di bawah Perenggan 9.23(1) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama, masih belum dikeluarkan untuk pendedahan umum.
"Sekiranya Destini tidak dapat mengemukakan Laporan Tahunan 2025 yang belum selesai itu pada atau sebelum 7 Nov 2025, dagangan sekuriti syarikat akan digantung bermula 9 pagi Isnin, 10 Nov 2025 sehingga notis selanjutnya dikeluarkan," katanya pada Isnin.
Di bawah Perenggan 9.28(6) peraturan penyenaraian, sekiranya penyata kewangan masih belum dikemukakan selepas enam bulan daripada tarikh akhir, prosedur penyahsenaraian boleh dimulakan terhadap syarikat berkenaan.
Sementara itu, dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Destini berkata laporan tahunan itu kini berada di peringkat akhir penyediaan, dan syarikat berkenaan dalam proses untuk menyelesaikan prosedur pentadbiran serta penyusunan akhir.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Destini Bhd berisiko dagangan sekuritinya digantung kerana gagal mengemukakan laporan tahunan, termasuk penyata kewangan beraudit, dalam tempoh yang ditetapkan sehingga 30 Jun 2025.
- Bursa Malaysia menegaskan bahawa sekiranya Destini gagal mengemukakan laporan tersebut pada atau sebelum 7 Nov 2025, dagangan sekuriti syarikat akan digantung bermula 10 Nov 2025.
- Syarikat menerangkan bahawa laporan tahunan kini berada dalam proses akhir penyediaan, dan mereka sedang berusaha menyelesaikan prosedur pentadbiran serta penyusunan akhir sebelum tarikh yang ditetapkan.