awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Dahulu beliau mandikan jenazah pesakit COVID-19, kini jenazah beliau pula dimandikan" - Zulkifli

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
07/06/2021
03:14 MYT
"Dahulu beliau mandikan jenazah pesakit COVID-19, kini jenazah beliau pula dimandikan" - Zulkifli
Datu Sadam yang berkhidmat di Jabatan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Labuan meninggal dunia akibat COVID-19, pada malam Ahad.
KUALA LUMPUR: "Dahulunya beliau mandikan jenazah pesakit COVID-19, semalam jenazah beliau pula dimandikan oleh petugas.
"Besar jasa beliau kepada umat Islam di Labuan," Itu antara bingkisan perkongsian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Perkongsian itu berkaitan seorang kakitangan yang berkhidmat di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Labuan dikenali sebagai Datu Sadam yang meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19, pada Ahad.
Jam 12 tengah malam semalam, saya menerima pesanan ringkas melalui Whatsapp, YB, saya nak maklumkan Datu Sadam meninggal dunia lebih kurang jam 8 malam sebab COVID-19. pic.twitter.com/xtwkEAzt9k
— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) June 7, 2021
Datu merupakan individu yang terlibat sebagai Pasukan Pengurusan Jenazah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Persekutuan (JAWI) bagi menguruskan jenazah pesakit COVID-19.
Zulkifli berkata, kematian Datu diketahuinya pada jam 12 tengah malam melalui aplikasi WhatsApp.
"Masih segar di ingatan saya ketika beliau mula melapor diri sekitar tiga hingga empat tahun lalu.
"Dek keunikan namanya dan tubuh yang sedikit gempal serta sifatnya yang ramah saya senang mengingati beliau," kata Zulkifli.
Menceritakan kenangan bersama Datu, Zulkifli menyatakan setiap kali mengadakan lawatan kerja ke Labuan, Datu antara individu terawal akan menyambutnya di Lapangan Terbang Labuan.
"Selesai tugas di siang hari biasanya kami akan ke Anjung Ketam atau ke RPP Labuan untuk menikmati makanan laut, beliaulah biasanya berkhidmat membakar ikan, ketam, udang bersama sahabat lain.
"Beliau pergi dalam usia yang muda 30 tahun, namun saya berbangga dengannya kerana sebelum didapati positif COVID-19, beliau terlibat sebagai Pasukan Pengurusan Jenazah JAKIM dan JAWI bagi menguruskan jenazah pesakit COVID-19.
"Saya doakan semoga Allahyarham Datu Sadam Turan dikurniakan syahid dan ibu bapa serta keluarganya dikurniakan ketabahan dan kesabaran," tambah Zulkifli.
Topic Berkaitan
#JAKIM
#JAWI
#COVID-19
#jangkitan
#jenazah
#Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
#Datu Sadam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan